Tuesday, February 12, 2019

IDEA DOOR GIFT MURAH, COMEL DAN UNIK

Assalamualaikum.. 



Korang tengah mencari idea dan memilih door gift untuk sebarang majlis tak kisahlah majlis kahwin ke, bertunang ke, akikah, cukur jambul atau apa-apa sahaja majlis?? Masih takde idea? Meh aku tolong korang!

Doorgift : Cutting Board
Credit: Reem Door Gift 



Nak tengok tak satu tempat yang korg boleh pilih bermacam-macam jenis door gift yang unik, comel, kreatif dan yang paling penting.. MURAH pulak tu serendah RM1 dah boleh dapat yang unik dan comel..  Murah kannnnnn?



Haa ni nak tunjuk kat korang... REEM DOOR GIFT 


Reem Door Gift ni ada banyaak sangat pilihan utk korang pilih. Ni antaranya ;

Ni antara pilihan di Reem Door Gift

1) Alas pinggan / gelas

2) Cutting board

3) Penyepit makanan

4) Pisau

5) Set sudu / garfu

6) Aksesori kecantikan

7) Alat tulis

8) Beg

9) Hiasan

10) Tasbih

11) Keychain

12) Kipas

13) Kotak

14) Magnet peti ais

15) Pembuka botol

16) Pemotong kuku

17) Sarung tisu

18) Songket

19) Senduk

20) Tuala



Haaaaaaaaaaa.. banyakkkkk tak? Banyaaaaak kan...... Selain daripada yang aku dah listkan kat atas ni, ada jugak pakej-pakej yang lain. Korang memang kena tengok kat website dia. Door gift dia dah la unik, comel-comel pulak tu weh....



Kalau aku belum kahwin, mesti aku nak amik doorgift ngan Reem Door Gift ni.. sebab aku minat betul dengan produk yang dia ada. Macam senduk, pengetip kuku, cutting board tu.. Eh semua lah aku minat.... 

Selain dekat website Reem Door Gift, korang jugak boleh lah intai-intai kt Instagram dan Facebook dia. Klik je link kat bawah ok...



Selamat membeli belah korang. Semoga majlis korang dipermudahkan.




Sunday, February 10, 2019

Resepi Burnt Cheese Cake Paling Senang Dan Sedap

Assalamualaikum

Aku ni ada seorang cousin yang kaki baking. Memang handal lah dia ni. Hari-hari aku tengok dia update apa dia bake. selalunya kek dan pastry-pastry tulah. Telan air liur aku.. Ada satu hari tu aku tengok dia share buat Basque Burnt Cheese Cake. Aku hantu cheese kot. Aku tengok kek dia macam sedapnyaaaaaaa. Tapi aku takde la nak mintak resepi dia. Aku jumpa resepi Danish Harraz kat Instagram. Senang sangat weh resepi dia. Tapi aku ubah la. Aku taknak pakai banyak sgt creamcheese tu. Mahal tak mampu lah.


MasyaAllah sedap! :)



Bahan-bahan dia senang je

1) 500g Cream cheese ( aku pakai Tatura)
2) 170g Gula halus ( tak suka manis kurangkan la. Aku guna gula perang)
2) 200ml Whipping cream ( aku guna Anchor)
3) Telur 3 biji
4) Esen Vanila 1 tsp
5) Tepung gandum 1tbsp

Cara-Cara
a. Mula-mula sekali mestila korang kena panaskan oven 200°C. Springform cake pan tu alaskan dengan baking paper. Kalau boleh biar lebih sikit dalam tinggi alas tu.
b. Cream cheese tadi tu biarkan kt suhu bilik. dah lembut sikit nanti beat creamcheese tu sampai la lembut dan gebu. Make sure tak berketul-ketul.
c. Masukkan telur 1 demi satu dan sambung beat sampai sebati.
d. Masukkan gula, whipping cream, esen vanila dan tepung gandum. beat lagi sampai sebati semuanya.
e. Pastu tuangkan adunan tadi dalam cake pan. Goyang-goyangkan sikit bagi sekata.
f. Bakar selama 50 minit-1 jam. Sampai nampak atas dia dh gelap sikit. boleh la keluarkan dari oven. dan tunggu sejuk. Sedap weh


Nyam Nyam

Cuba taw. Pasti tak menyesal.


Friday, April 28, 2017

Pengalaman Bersalin Di Hospital Shah Alam

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Pada 23 April 2017 bersamaan 27 Rejab pukul 7.48 malam dah selamat melahirkan bayi lelaki kedua yg berjisim 3.18kg, berbibir mungil di Hospital Shah Alam. 

Alhamdulillah syukur Allah mudahkan proses dari mengandung, sampai melahirkan baby kedua kalini. Walaupun awalnya, baby songsang start dari 24 minggu. Lepastu dia pusing-pusing sekejap tranverse lepas tu cephalic balik lepastu die breech balik. Pendek kata dari 24 minggu dia 'unstable lie'. Sampai kena refer hospital time 37 minggu. Dan Alhamdulillah time pergi hospital tu dia dah pusing ke kedudukan normal. Syukur. Nanti saya share ikhtiar yang saya buat sepanjang baby songsang di blog post akan datang yo. 

Zaim beberapa jam sebelum jadi abang

Ok meh nak share pasal pengalaman bersalin kat Hospital Shah Alam. Hihi. Bila ingat balik bersalin kan baby kedua ni. Macam kelakar pun ada. 

Sebelum bersalin sempat la mengcompletekan makanan yg ada dalam wishlist nak makan sebelum beranak iaitu Seoul Garden dan Nasi Beriani Bukhara Kambing Restoren Syed Seksyen 3. Hahaha overrrrrr kauuuuu. Kan hakak dah cakap, lepas makan mesti beranak dengan tenang. Kuikuikui


23 April 2017 
Saya start rasa contraction Ahad subuh time tidur. Dalam pukul 4 pagi tu rasa perut menyucuk. Tapi sebab rasa tak sakit sgt layan jela tidur. Pukul 5 pagi rasa lagi sekali. Lepastu dah tak rasa. Bangun pagi solat subuh sempatla prepare sarapan roti tulurrr cheese untuk husband dan Zaim. 

Contraction start! :P

Pukul 8.27 pagi, time ni dah start rasa sakit balik. Kekerapan sakit tak konsisten. Sekejap 10 minit sekali, sekejap 15 minit sekali. Sebenarnya dah lupa contraction tu sakit dia cmana. Tapi yakin lah dengan instinct sendiri yang sakit tu contraction sebab ada kekerapan. Makin menambahkan konfius pulak bila sakit tu datang tanpa sebarang bloody show atau air ketuban leaking ke ape. Jadi konfius sgt ni braxton hicks ke ape. Tapi kita percaya jelah ngan instinct mak-mak yang kita ada ni. Hikssss. 

Inform husband, cakap kat dia saya dah start sakit ni. Tapi sakitnya masih slow. Tak kuat dan saya masih boleh tahan dengan sakit ni. Pesan kat dia, tunggulah sakit dh 5 minit sekali nanti kita gerak g rumah kakak untuk hantar Zaim. 

2.45 PM
Time ni nak nap lah kononnyaa sebab dah taw mesti akan bersalin paling lewat malam ni. Husband dan Zaim dah sedap dah tidur. Tapi saya masih golek kiri kanan pegang phone sambil melayan contraction. Apps contraction timer tu mmg bukak je. Sakit time ni dah 5-7 minit sekali. Sakit pun dh kuat sampai tak dpt nak nap pun. So kejut husband, cakap kt dia jomlah kita siap-siap untuk hantar Zaim kt rumah kakak. Pukul 4 kang kita gerak ye. Begituuu pesan saya kt husband. Sempatlah saya mandi hot showeeeerr, habiskan air Zam-zam dan telan berketul-ketul kurma ye untuk tenaga. Kihkih. 

Makin Kerap. Baby is coming :P

On the way ke rumah kakak, dalam kereta pesan kt husband, bila saya kata tengah sakit, please slowkan kereta. Maka redhoooolah suami ku itew. Sampai rumah kakak dalam 4.20 PM. Pusing kat car park rumah dia dalam 15 minit. Lepastu naik rumah dia untuk hantar Zaim. Time ni contraction dah rasa makin kuat. Setiap kali sakit tu datang, sy akan stop jalan sbb sakit tu kuat. Nak bagi lega kene buat hip sway kejap menonggeng ke apa2 gaya lah yang selesa untuk layan contraction kahkah. Choi. Kat rumah kakak sempat la saya melepak sampai pukul 5.30PM. 
Berborak macam orang tak sakit, nauzubillah. Haha. Solat asar siap-siap kt situ baru gerak ke Hospital Shah Alam. 

5.35PM
Jarak rumah kakak dengan Hospital dekat je. 5 minit dah sampai. Sampai hospital, ajak husband lepak dulu dekat car park. So lepak dalam kereta sambil selfie, borak-borak sampai pukul 6.15PM. Lepastu husband pun hantar pergi PAC. Berlenggang je g PAC, patut kena bawak kain batik. Serius tak tahu hahaa. Time tu cuma bawak ic dan buku pink je. So korang nanti bawak kain batik okay. Dah satu keje suh husband g rumah kakak amik kain batik. Bila dah amik, tak sempat pakai pun. Hihi. 

Sempat selfie time sakit. gittew :D

Dekat kaunter PAC, nurse cakap kat saya awal-awal. Katanya "Puan mmg plan nak bersalin kt sini ke. Pernah datang tak sebelum ni. Kt sini sy bgtaw awal-awal ye. Wad kita mmg full. Ada orang yg dah bersalin pun masih tak dapat wad lagi. Kalau katakan lah kami check bukaan puan nanti dah 4cm, kami tak bg balik dah. Puan ok ke kalau kena duduk dekat kerusi je. Puan tanya husband dulu mcmane ye". Nurse cakap cmtu. Saya pun terus macam alamak. Cmane ni. Kalau nak pergi HTAR, Zaim kena pergi hantar kt Mak dulu di Port Klang. Macam dah tak sempat sebab sakit dh 3 minit sekali. Sakitnya pulak bila dtg mmg sy akan terkaku disitu xbleh bergerak.


No Pain No Baby!

Lepas dah bincang ngan husband dalam phone, sy bg kata putus cakap redha jelah bersalin kat Hospital Shah Alam. Sebab kalau nak pergi HTAR mmg takot tak sempat. Lepas dah decide, dalam pukul 6.45PM nurse bawak saya utk check CTG sampai pukul 7.20PM mcmtu. Dah habis check CTG, baru sy rasa ada something keluar dan saya yakin benda  tu lendir + darah. Lepas tu, dia bawak naik pergi ke PAC kt tingkat 4 guna wheelchair sbb dia tengok saya asik stop jalan. Haha. Time ni sakit dah 3 minit sekali. Time die tolak guna wheelchair sempat plak mulut saya ni cakap sorry nurse kene tolak sy berat-berat ni hahahah. Nurse tu gelak dan die cakap takpe puan ini kan kerja saya. Baikkaaaan hahahaha!!

7.30PM
Saya ingtkan kt PAC ni doktor akan terus check bukaan. Sbb macam kt Hospital Taiping, lepas daftar terus dia check bukaan. Tapi sy silap. Rupanya kt PAC ni kena tunggu turn. Time ni memang saya dah mundar mandir, tak boleh nak duduk. Sbb saya dah rasa setiap kali sakit tu sy macam nak meneran. Sebab pengalaman bersalin Zaim sebelum ni. Sy taw la tu mmg tanda nak bersalin sangat dah. Org yg tgh duduk kt PAC asik pandang sy je. Macam malu jugakla sy menahan sakit kt situ hehehe.

Lepas 5 minit tunggu nurse masih tak panggil giliran sy. Time tu yg tunggu turn ada laah dalam 6 orang. Saya terus pergi kat kaunter. Cakap dekat nurse. "Nurse, saya dah rasa sakit sangat macam nak meneran". Terus nurse tu suruh sy baring kt bilik 1. Dia bg baju hospital suruh tukar. Doktor pun datang check bukaan. Dia cakap dah bukak habis ni Puan. Puan mengiring ke kiri dulu ye kita tolak ke labor room. Fuh time ni sy mmg nak mengiring tu pun dah hazabedah. Mulut baca zikir nabi yunus sampai air mata nak menitis sebab sakit sangat-sangat. Nasib dekat je labor room dia. Selang beberapa bilik dari bilik 1. 

Sampai labor room, nurse pun datang dalam 3 orang. Dia siap cakap Puan boleh bukak tudung ye. Takde lelaki kt sini. Sy pun bukak la tudung. Lepas tu dia terus pecahkan air ketuban sebab air ketuban masih tak pecah time tu. Masing2 duk  jauh hahaha! Tkot terpecik lettew. Lepastu dia cakap rasa sakit puan terus teran ye. Sy pun layan laaah teran bila sakit. YaAllah, rabak sungguh saya rasa waktu kepala baby menekan nak keluar tu.


Alhamdulillah. Baby! :)

Alhamdulillah. 2 kali teran, saya selamat melahirkan seorang lagi khalifah. Rafeeq Zharif bin Muhammad Ridhwan pada jam 7.48PM. 3.18kg. bibir mungil macam Zaim. Di hening magreb isra dan mikraj. 27 Rejab 1438 Hijrah. Alhamdulillah. Bila baby dah keluar, rasa lega nyaaaa Subhanallaah. 

Lepas dah bersalin dia potong tali pusat dan letak baby kt dada dalam 20 minit. Keluarkan uri. Bersalin kalini takde episiotomy. Tapi ada koyak sendiri dan kena jahit sikit. Sikit je kot sbb sekejap je dia jahit x smpai 5 minit pun. Katanya 1st degree tear. Lepastu dia bg minum air milo manis. 

Dalam pukul 8.15PM dah setel semua, nurse masuk suruh saya call husband untuk masuk azankan baby. Sepatutnya husband boleh masuk tengok sy bersalin tapi sebab semuanya terlalu pantas. Makanya husband pukul 8.15PM baru taw sy dah bersalin hahaha. Time saya call husband. Dia terkejut saya dah bersalin. Dia ingt sy bergurau. Sabaaaaau jelah. Haha. Seronok bila husband masuk dan dia pun azan kan baby. Asik ucap terima kasih je. Malu saya. Kihkih.

9.26PM
Disebabkan wad kelas 3 full, so husband pun register saya untuk masuk wad kelas 2. Alhamdulillah lah ada kosong. Sy tengok wad kelas 3 dan 2 bezanya cuma wad kelas 2 satu bilik 4 orang dan beraircond. Ward kelas 3 dia pun ok je sy tgk. Selesa dan tak panas. Tapi sebab penuh kan. So saya ok je masuk wad kelas 2 atau 3. Bayar la lebih sikit. Total bayar bil hospital haritu RM250 untuk kos bersalin normal dan ward satu hari. 

otw ke Wad :)

Emm tu jelah yang saya ingat utk proses bersalin kali ni. Abadikan dalam blog mana lah taw anak nak baca nanti hahahaha. Bagi saya Hospital Shah Alam sangat ok. Yelah sebab hospital baru. Nurse dan doktor dia pun ok. Baik dan murah senyuman. Dekat Hospital Shah Alam takde doktor pelatih kalau tak silap saya. Next kalau mengandung lagi, mungkin saya nak bersalin kt Hospital Shah Alam lagi. Tapi lagi 3 tahun lah. Hiks. 

Saya pun tak tau lah saya ni kategori mudah bersalin ke. Tapi husband kata, semuanya nampak mudah dari Zaim ke baby baru ni. Dan saya pun rasa mudah jugak semua urusan ni. Mungkin rezeki saya. Yang kemudian nanti saya taktau lah kan. Syukur Allah permudahkan. 

Ok itu jelah. Nanti next post sy nak share ikhtiar saya untuk pusingkan baby yang songsang. InsyaAllah. 







Tuesday, April 7, 2015

Persediaan Makanan Pertama Untuk Bayi 6 Bulan

Assalamualaikum.

8 April 2015 ni genap anak bujang Zahida, Razeeq Zaim ni 6 bulan. Fuh sekejap gila rasa masa berlalu. Apsal anak aku dah besar! :') Alhamdulillah dapat menyusukan dia dengan susu badan secara eksklusif. Alhamdulillah. Harap dapat terus menyusukan dia sehingga 2 tahun. Amin. Rasa sedih la sebab dia dah nak start makan kan. Nanti mesti dia dah kurang menyusu. Sekarang ni pun susah betul nak bagi dia susu. Ligat bebeno. Pusing sana sini. Melesar je dia. 

Razeeq Zaim at 5m21d old :)


Zahida dah buat jadual dah untuk makanan Zaim ni. Banyak refer kat blog mommies dan jugak group Facebook  'My baby homemade solidfood'. Thanks sebab banyak sangat membantu.

Siapa nak file ni boleh email ye. Nanti I send. Uol boleh customise sendiri :)


Secara kasarnya. Dekat jadual ni lah apa yang Zaim akan makan untuk masuk umur dia 6 bulan nanti. Ada juga mommies yang dah start bagi bubur nasi kisar halus plain pada usia 6 bulan mengikut nasihat PAED. Tapi bubur plain tu Zahida plan untuk bagi bila Zaim dah masuk 7 bulan nanti. Sekarang biar dia makan buah dan sayur dulu :)
Korang boleh mempelbagaikan makanan dia. Boleh refer pada gambar dibawah ni ye untuk makanan apa yang sesuai dengan bayi mengikut umur dia.





Selalu untuk amalkan 4-days-rule pada setiap makanan yang kita nak bagi kat bayi kita. untuk tengok kesesuaian bayi terhadap makanan tu ye. Kalau terjadi sebarang alahan dalam tempoh masa tu, kita alert la sikit kan dengan makanan apa yang bayi kita tak sesuai.

Ok setakat ni je dulu ye. Nanti bila Zaim dah start makan, Zahida share pulak tentang cara penyediaan, simpanan dan lain-lain. Nervous nye anak ummi dah jadi big boy! :D

Wednesday, February 18, 2015

Cara Akses Whats App meggunakan laptop/PC

Assalamualaikum

Alahai canggih betul dunia sekarang ni. Haha. Sebenarnya Zahida baru tau cara ni. Actually pernah nampak orang post pasal ni. Tapi buat tak endah. Harini nak try sendiri. Sebelom ni, untuk akses apa-apa aplikasi Android di laptop kita biasa guna third party software. Software tu namanya BlueStack. Bila dah install Bluestack tu kat laptop, kita boleh lah install semua aplikasi android kat situ. Tapi kalau Whats App tetap tak boleh nak akses kat Bluestack tu sebab Whats App ni boleh sign in kat satu device je. Panjang pulak aku bebel.

Ok senang gile sebenarnya nak guna Whats App kat PC/Laptop ni. Yang penting kena ada internet connection je. Handphone kene connected laptop pon kene ade connection. Bawah ni cara dia. Cool bebeh. Cool.


  • Bukak Whats Apps. Tekan kat 3 dots tu. Pilih Whats App Web.


  • Akan keluar interface macam gambar kat bawah. Korang pi wehsite tu. web.whatsapp.com
  • Lepastu nampak tak kat situ dia suh capture gambar kan. Haaaa. Tu kena capture QR Code. 


  • Bila korang dah bukak web Whats App tu dia akan display satu QR Code. So korang kena scan QR Code tu..


  • Taraaaaa. Sekarang korang dah boleh enjoy Whats App dekat Web menggunakan PC/laptop. Boleh reply, dan attach gambar semua sama lah macam kita guna kat phone.

Apa kelebihan Whats App Web ni, Haaa. Bagi Zahida, senang lah untuk orang yang bekerja. Boleh akses Whats Apps dekat PC je. Kang asyik main Whats Apps kat handphone, bos marah pulak. Hahah :D

Lagi satu, kalau phone tengah charge ke, tapi tengah dok Whats App dengan kawan-kawan. Tak payah lah nak main handphone sambil charge tu. Boleh connectkan dengan laptop je. Gittewww. 

Ok harap berguna lah untuk korang, Bai :)







Monday, February 16, 2015

Amalan Sewaktu Mengandung Cara Saya (Menurut Cara Islam)

Assalamualaikum.

Uish lama blog ni terbiar sahaja sejak ada anak ni. Busy melayan anak. Anak pulak berkepit 24 jam. Selagi tak menyusu taknak tidur tu gigih melawan mata. Hihi. Tapi takpe. Bonding Ummi dan Anak. Bukan selalu dia kecik ni. Nak nikmati puas-puas.

Ni nak share sikit kat ibu-ibu sikit. Pasal amalan waktu Zahida mengandungkan Zaim. Amalan yang merangkumi amalan untuk rohani dan jasmani. Haha memandai je sampai rohani dan jasmani bagai. Tapi ini amalan yang elok lah untuk di ikuti memandangkan kita pun tengah mengandungkan satu lagi nyawa dalam rahim kan. Mesti lah kita berdoa dan berharap anak itu nanti sihat, sempurna dan mempunyai akhlak yang baik insyaAllah.

Ni antara amalan permakanan yang Zahida amalkan time pregnant haritu. Amalkan permakanan sunnah. InsyaAllah baik untuk Ibu dan bayi dalam kandungan.

Razeeq Zaim - 4 Months

  • Extra virgin olive oil - EVOO (first cold pressed)
    • Sejujurnya, Zahida mmg amalkan makan sesudu EVOO ni sejak zaman tak kahwin lagi. Dan bila amalkan ni, boleh nampak perubahan pada kulit. Okay ni cara nak makan dia, Lepas bangun pagi, minum segelas air putih, lepastu tuang sesudu EVOO ni kat sudu plastik ye. Mohon jangan guna sudu besi. Lepas tu telan. Rasa dia memang diakui tak sedap. Tapi alah bisa tegal biasa gittew. Phui.
  • Pati Delima Gulsan
    • Lepas makan EVOO, sediakan segelas air, tuang sesudu pati delima dalam air putih. Minum. 
  • Madu Tualang
    • Tuang sesudu madu ni kat sudu plastik dan campur dengan sedikit air. Emm dap dap. Kalau nak terus makan madu ni pun boleh. Tapi likat dan manis sikit. Husband suka terus makan je. Untuk kesihatan dalaman elok ni makan madu pagi-pagi. 
  • Kurma
    • Makan macam snack je. Tapi salu lupa. Kihkihkih. Bila dah masuk 3rd trimester baru makan secara konsisten sebab nak tenaga. Penat woh bawak perot kehulu hilir. Hiks. Time Zahida dah start contraction, Zahida memang makan banyak sangat kurma. Sebagai persediaan menghadapi active labor. Nak breath out baby seriously perlukan tenaga. Kat labor room takleh makan. So makan pepuas kurma ni kat rumah sebelom pergi hospital. 
  • Acid Folic
    • Acid folic ni, Zahida dah start makan 2 bulan sebelum kahwin. Sebab dia elok untuk mengelakkan spina-bifida pada bayi. Dia jugak untuk menguatkan tulang belakang bayi ye. Rumors cakap Acid folik elok untuk kesuburan rahim itu sangat lah mitos. 
  • Susu Kambing (Hi-goat)
    • Setiap pagi jugak Zahida amalkan minum segelas Susu Hi-goat ni. Elok untuk ibu dan elok untuk bayi berbanding kita minum susu anmum ke, enfamama ke. Ini lagi elok. Sumber kalsium juga. Dan yang penting, susu ni tak manis. Cuba korang beli susu kat pasaraya, confirm manis. Sangat tak elok. 
  • Air Zam Zam
    • Ni sejujurnya, jarang sangat amalkan sebab susah nak cari. Last minute dapat mak mertua bagi. So minum waktu dalam contraction. Doa time tu supaya bayi senang lahir dan dipermudahkan. Alhamdulillah, pegi hospital dah 7cm dilated dan 2 jam lepastu bersalin dengan selamat dan mudah. :P

Razeeq Zaim - 4 Months - 7.4kg - 66cm


Untuk amalan lain yang Zahida amalkan, Bak kata orang untuk bagi anak berakhlak baik sebab dia kan dengar dan rasa apa yang ibu dia buat kan. So ini amalan yang Zahida amalkan.

  • Khatam 30 Juz Al-Quran
    • Disebabkan Zahida seorang suri rumah setakat ni, jadi ada banyak masa terluang. Bagi Zahida, lebih elok habiskan 30 juzuk Al-Quran lepastu baru fokus pada surah amalan. Alhamdulillah, 9 bulan mengandung, Zahida berjaya habiskan 30 Juzuk Al-Quran ni dalam masa 7 bulan. Dan selebihnya 2 bulan tu, Zahida baca surah amalan bergilir-gilir. 
    • Jadual Zahida baca biasanya Lepas Zohor setiap hari. Lepas Magreb pula baca dengan suami. Untuk check tajwid. Tapi buat lah apa yang termampu. Kalau tak mampu khatamkan, baca surah amalan pun memadai. InsyaAllah.
  • Baca Surah Amalan
    • Antara surah amalan, Al-Imran, Luqman, Maryam, Yusuff dan Taubah
  • Berakhlak baik
    • Ok ni paling penting. Time mengandung, Zahida memang elak sangat dari menjadi pemarah. Elak cakap benda bukan-bukan. Berbuat baik dengan suami. Emm semua akhlak baik lah kita patut buat supaya anak kita tu nanti insyaAllah penyayang orangnya.
  • Solat sunat
    • Waktu pregnant, Zahida kerap juga buat solat Taubat dan solat hajat. Solat dhuha je tak kerap. Hihi :D

Itu jelah kot. Harap membantu bakal-bakal ibu kat luar ye. InsyaAllah. Semua ibu mesti nak yang terbaik untuk anak. Untuk mendapat yang terbaik, ibu-ibu pun kena lah buat yang terbaik. Doa-Usaha-Tawakal. Allah segala-Nya. Semoga Allah jadikan anak kita seperti mana yang kita kehendaki. 



Thursday, December 4, 2014

Boba Wrap Untuk Newborn

Assalamualaikum.




Harini nak review sikit pasal Boba Wrap. Boba Wrap ni hadiah dari kakak sempena Zahida dapat baby. Ceh yang sebenarnya, kittew paww dia suh belikan. Sebab apa beli Boba Wrap ni. Sebab Zaim belom boleh masuk dalam Soft Structured Carrier (SSC) lagi. SSC sesuai untuk bayi yang 4 bulan ke atas kalau nak diikutkan untuk mengekalkan bentuk 'C' tulang belakang dia. Tapi kalau dah terbeli, masukkan je baby dalam tu, tapi jangan lah lupa guna infant insert. Tapi not recomended la 

Boba Wrap ni material dia stretchy Dia boleh support baby sampai yang berat dalam lebih kurang 15kg. Tapi, seeloknya pakai sampai berat baby 8kg ok lah kot sebab kalau berat sangat dia jadi saggy. Kiranya kalau 8-9kg tu just nice la kot. 


Cara Ikat Boba Wrap

Time beli Boba Wrap ni harga dia RM151.20. Tengah sale kalau tak harga dia RM168. Untuk orang yang rasa nak guna dalam jangka masa panjang sampai anak dah besar dan nak berjimat taknak beli banyak-banyak jenis babywear. Zahida tak suggest la beli ni. Better beli Woven Wrap sebab material Woven bukan stretchy so boleh guna sampai anak besar. Harganya pulak dalam lingkungan RM250 keatas bergantung pada material. Lebih kurang lah konsepnya macam orang dulu-dulu kendong anak guna kain batik lepas kan. Gittew.

Semalam first time bawak Zaim keluar berjalan dengan Auntie Syazana. Papa dia kerja. Memandangkan Zaim pun badannya dah kus semangat. Zahida decide nak rasmikan Boba Wrap tu. Balut siap-siap kat rumah. Dah sampai AEON tinggal nak masukkan Zaim je dalam tu. 
** Jangan guna baby carrier dalam kereta. Bahaya taw. Kalau excident, tak pasal-pasal baby tu plak jadi airbag kita kan. 

Ok, bila Zahida masukkan je Zaim dalam tu. Dia tidur lena gila! maybe sebab dia rasa badan dia di hold dengan rapat dan dapat dengar denyutan jantung Ummi dia kot. Berjam-jam gak dia tidur dalam tu. Sempat lah ummi dia melantak makan Manhattan. Kihkihkih. 

Gambar kanan, lap mulut sikit, comot :D

Emm, cool kan kalau lelaki berbabywearing ni. Hiks


Kita jugak boleh menyusukan anak dalam Boba Wrap ni, tapi Zahida tak pernah try lah pulak. Tak sabar nak pakai lagi. Hihi. Lepas ni Zaim dah 4 bulan, plan nak beli Ergo pulak. Ada masa untuk kumpul duit lagi. Sape yang berminat nak beli boleh lah ke web onebabyworld, mamapanda atau fabulous mom ye. Sekarang tengah sale. Best taw berbaby wearing ni. Sebab baby sentiasa dekat kat kita dan kita boleh shopping tanpa gangguan. Hihi.

Happy babywearing Mommies