Friday, April 28, 2017

Pengalaman Bersalin Di Hospital Shah Alam

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Pada 23 April 2017 bersamaan 27 Rejab pukul 7.48 malam dah selamat melahirkan bayi lelaki kedua yg berjisim 3.18kg, berbibir mungil di Hospital Shah Alam. 

Alhamdulillah syukur Allah mudahkan proses dari mengandung, sampai melahirkan baby kedua kalini. Walaupun awalnya, baby songsang start dari 24 minggu. Lepastu dia pusing-pusing sekejap tranverse lepas tu cephalic balik lepastu die breech balik. Pendek kata dari 24 minggu dia 'unstable lie'. Sampai kena refer hospital time 37 minggu. Dan Alhamdulillah time pergi hospital tu dia dah pusing ke kedudukan normal. Syukur. Nanti saya share ikhtiar yang saya buat sepanjang baby songsang di blog post akan datang yo. 

Zaim beberapa jam sebelum jadi abang

Ok meh nak share pasal pengalaman bersalin kat Hospital Shah Alam. Hihi. Bila ingat balik bersalin kan baby kedua ni. Macam kelakar pun ada. 

Sebelum bersalin sempat la mengcompletekan makanan yg ada dalam wishlist nak makan sebelum beranak iaitu Seoul Garden dan Nasi Beriani Bukhara Kambing Restoren Syed Seksyen 3. Hahaha overrrrrr kauuuuu. Kan hakak dah cakap, lepas makan mesti beranak dengan tenang. Kuikuikui


23 April 2017 
Saya start rasa contraction Ahad subuh time tidur. Dalam pukul 4 pagi tu rasa perut menyucuk. Tapi sebab rasa tak sakit sgt layan jela tidur. Pukul 5 pagi rasa lagi sekali. Lepastu dah tak rasa. Bangun pagi solat subuh sempatla prepare sarapan roti tulurrr cheese untuk husband dan Zaim. 

Contraction start! :P

Pukul 8.27 pagi, time ni dah start rasa sakit balik. Kekerapan sakit tak konsisten. Sekejap 10 minit sekali, sekejap 15 minit sekali. Sebenarnya dah lupa contraction tu sakit dia cmana. Tapi yakin lah dengan instinct sendiri yang sakit tu contraction sebab ada kekerapan. Makin menambahkan konfius pulak bila sakit tu datang tanpa sebarang bloody show atau air ketuban leaking ke ape. Jadi konfius sgt ni braxton hicks ke ape. Tapi kita percaya jelah ngan instinct mak-mak yang kita ada ni. Hikssss. 

Inform husband, cakap kat dia saya dah start sakit ni. Tapi sakitnya masih slow. Tak kuat dan saya masih boleh tahan dengan sakit ni. Pesan kat dia, tunggulah sakit dh 5 minit sekali nanti kita gerak g rumah kakak untuk hantar Zaim. 

2.45 PM
Time ni nak nap lah kononnyaa sebab dah taw mesti akan bersalin paling lewat malam ni. Husband dan Zaim dah sedap dah tidur. Tapi saya masih golek kiri kanan pegang phone sambil melayan contraction. Apps contraction timer tu mmg bukak je. Sakit time ni dah 5-7 minit sekali. Sakit pun dh kuat sampai tak dpt nak nap pun. So kejut husband, cakap kt dia jomlah kita siap-siap untuk hantar Zaim kt rumah kakak. Pukul 4 kang kita gerak ye. Begituuu pesan saya kt husband. Sempatlah saya mandi hot showeeeerr, habiskan air Zam-zam dan telan berketul-ketul kurma ye untuk tenaga. Kihkih. 

Makin Kerap. Baby is coming :P

On the way ke rumah kakak, dalam kereta pesan kt husband, bila saya kata tengah sakit, please slowkan kereta. Maka redhoooolah suami ku itew. Sampai rumah kakak dalam 4.20 PM. Pusing kat car park rumah dia dalam 15 minit. Lepastu naik rumah dia untuk hantar Zaim. Time ni contraction dah rasa makin kuat. Setiap kali sakit tu datang, sy akan stop jalan sbb sakit tu kuat. Nak bagi lega kene buat hip sway kejap menonggeng ke apa2 gaya lah yang selesa untuk layan contraction kahkah. Choi. Kat rumah kakak sempat la saya melepak sampai pukul 5.30PM. 
Berborak macam orang tak sakit, nauzubillah. Haha. Solat asar siap-siap kt situ baru gerak ke Hospital Shah Alam. 

5.35PM
Jarak rumah kakak dengan Hospital dekat je. 5 minit dah sampai. Sampai hospital, ajak husband lepak dulu dekat car park. So lepak dalam kereta sambil selfie, borak-borak sampai pukul 6.15PM. Lepastu husband pun hantar pergi PAC. Berlenggang je g PAC, patut kena bawak kain batik. Serius tak tahu hahaa. Time tu cuma bawak ic dan buku pink je. So korang nanti bawak kain batik okay. Dah satu keje suh husband g rumah kakak amik kain batik. Bila dah amik, tak sempat pakai pun. Hihi. 

Sempat selfie time sakit. gittew :D

Dekat kaunter PAC, nurse cakap kat saya awal-awal. Katanya "Puan mmg plan nak bersalin kt sini ke. Pernah datang tak sebelum ni. Kt sini sy bgtaw awal-awal ye. Wad kita mmg full. Ada orang yg dah bersalin pun masih tak dapat wad lagi. Kalau katakan lah kami check bukaan puan nanti dah 4cm, kami tak bg balik dah. Puan ok ke kalau kena duduk dekat kerusi je. Puan tanya husband dulu mcmane ye". Nurse cakap cmtu. Saya pun terus macam alamak. Cmane ni. Kalau nak pergi HTAR, Zaim kena pergi hantar kt Mak dulu di Port Klang. Macam dah tak sempat sebab sakit dh 3 minit sekali. Sakitnya pulak bila dtg mmg sy akan terkaku disitu xbleh bergerak.


No Pain No Baby!

Lepas dah bincang ngan husband dalam phone, sy bg kata putus cakap redha jelah bersalin kat Hospital Shah Alam. Sebab kalau nak pergi HTAR mmg takot tak sempat. Lepas dah decide, dalam pukul 6.45PM nurse bawak saya utk check CTG sampai pukul 7.20PM mcmtu. Dah habis check CTG, baru sy rasa ada something keluar dan saya yakin benda  tu lendir + darah. Lepas tu, dia bawak naik pergi ke PAC kt tingkat 4 guna wheelchair sbb dia tengok saya asik stop jalan. Haha. Time ni sakit dah 3 minit sekali. Time die tolak guna wheelchair sempat plak mulut saya ni cakap sorry nurse kene tolak sy berat-berat ni hahahah. Nurse tu gelak dan die cakap takpe puan ini kan kerja saya. Baikkaaaan hahahaha!!

7.30PM
Saya ingtkan kt PAC ni doktor akan terus check bukaan. Sbb macam kt Hospital Taiping, lepas daftar terus dia check bukaan. Tapi sy silap. Rupanya kt PAC ni kena tunggu turn. Time ni memang saya dah mundar mandir, tak boleh nak duduk. Sbb saya dah rasa setiap kali sakit tu sy macam nak meneran. Sebab pengalaman bersalin Zaim sebelum ni. Sy taw la tu mmg tanda nak bersalin sangat dah. Org yg tgh duduk kt PAC asik pandang sy je. Macam malu jugakla sy menahan sakit kt situ hehehe.

Lepas 5 minit tunggu nurse masih tak panggil giliran sy. Time tu yg tunggu turn ada laah dalam 6 orang. Saya terus pergi kat kaunter. Cakap dekat nurse. "Nurse, saya dah rasa sakit sangat macam nak meneran". Terus nurse tu suruh sy baring kt bilik 1. Dia bg baju hospital suruh tukar. Doktor pun datang check bukaan. Dia cakap dah bukak habis ni Puan. Puan mengiring ke kiri dulu ye kita tolak ke labor room. Fuh time ni sy mmg nak mengiring tu pun dah hazabedah. Mulut baca zikir nabi yunus sampai air mata nak menitis sebab sakit sangat-sangat. Nasib dekat je labor room dia. Selang beberapa bilik dari bilik 1. 

Sampai labor room, nurse pun datang dalam 3 orang. Dia siap cakap Puan boleh bukak tudung ye. Takde lelaki kt sini. Sy pun bukak la tudung. Lepas tu dia terus pecahkan air ketuban sebab air ketuban masih tak pecah time tu. Masing2 duk  jauh hahaha! Tkot terpecik lettew. Lepastu dia cakap rasa sakit puan terus teran ye. Sy pun layan laaah teran bila sakit. YaAllah, rabak sungguh saya rasa waktu kepala baby menekan nak keluar tu.


Alhamdulillah. Baby! :)

Alhamdulillah. 2 kali teran, saya selamat melahirkan seorang lagi khalifah. Rafeeq Zharif bin Muhammad Ridhwan pada jam 7.48PM. 3.18kg. bibir mungil macam Zaim. Di hening magreb isra dan mikraj. 27 Rejab 1438 Hijrah. Alhamdulillah. Bila baby dah keluar, rasa lega nyaaaa Subhanallaah. 

Lepas dah bersalin dia potong tali pusat dan letak baby kt dada dalam 20 minit. Keluarkan uri. Bersalin kalini takde episiotomy. Tapi ada koyak sendiri dan kena jahit sikit. Sikit je kot sbb sekejap je dia jahit x smpai 5 minit pun. Katanya 1st degree tear. Lepastu dia bg minum air milo manis. 

Dalam pukul 8.15PM dah setel semua, nurse masuk suruh saya call husband untuk masuk azankan baby. Sepatutnya husband boleh masuk tengok sy bersalin tapi sebab semuanya terlalu pantas. Makanya husband pukul 8.15PM baru taw sy dah bersalin hahaha. Time saya call husband. Dia terkejut saya dah bersalin. Dia ingt sy bergurau. Sabaaaaau jelah. Haha. Seronok bila husband masuk dan dia pun azan kan baby. Asik ucap terima kasih je. Malu saya. Kihkih.

9.26PM
Disebabkan wad kelas 3 full, so husband pun register saya untuk masuk wad kelas 2. Alhamdulillah lah ada kosong. Sy tengok wad kelas 3 dan 2 bezanya cuma wad kelas 2 satu bilik 4 orang dan beraircond. Ward kelas 3 dia pun ok je sy tgk. Selesa dan tak panas. Tapi sebab penuh kan. So saya ok je masuk wad kelas 2 atau 3. Bayar la lebih sikit. Total bayar bil hospital haritu RM250 untuk kos bersalin normal dan ward satu hari. 

otw ke Wad :)

Emm tu jelah yang saya ingat utk proses bersalin kali ni. Abadikan dalam blog mana lah taw anak nak baca nanti hahahaha. Bagi saya Hospital Shah Alam sangat ok. Yelah sebab hospital baru. Nurse dan doktor dia pun ok. Baik dan murah senyuman. Dekat Hospital Shah Alam takde doktor pelatih kalau tak silap saya. Next kalau mengandung lagi, mungkin saya nak bersalin kt Hospital Shah Alam lagi. Tapi lagi 3 tahun lah. Hiks. 

Saya pun tak tau lah saya ni kategori mudah bersalin ke. Tapi husband kata, semuanya nampak mudah dari Zaim ke baby baru ni. Dan saya pun rasa mudah jugak semua urusan ni. Mungkin rezeki saya. Yang kemudian nanti saya taktau lah kan. Syukur Allah permudahkan. 

Ok itu jelah. Nanti next post sy nak share ikhtiar saya untuk pusingkan baby yang songsang. InsyaAllah. 







2 comments:

  1. Tahniah puan!tp nk tny,mmg doktor & nurse x ingt lgsg nk pggl husband ke @ husband mmg xde time tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan x ingt. Tp xsempat nk panggil. 😅😅. Sbb masuk2 labor room tu terus push je..

      Delete