Friday, May 16, 2014

Summer Bay Resort, Pulau Lang Tengah

Assalamualaikum!

Hai salam Jumaat uolsss. Harini entry ni penuh bergambar. Sempena pegi bercuti dekat Pulau Lang Tengah, Terengganu. Sebulan setengah yang lepas. Choi bebeno dah sebulan baru nak update. Alaaa, kite morning evening sickness. :D Alasan. 

Harini nak share pasal honeymoon haritu. Setahun yang lepas dalam bulan April 2013 camtu, Zahida booked tiket Air Asia time tu free seat. So book cecepat kelam kabut book. Kemahen cepat book. Pilih pegi Terengganu. Tapi time tu, takde lah decide lagi nak pegi mana. Macam rawak je pilih lepas discuss-discuss dengan tunang. Murah jugak lah kitorang dapat tiket ni. Untuk dua orang Return Flight dari KL-Kuala Terengganu cuma RM135. Checkin luggage cuma amik time balik sahaja tu pun untuk sorang dan tak guna pun. So maknanya, perjalanan pergi dan balik sorang dalam RM70. Hoi murah la tu. Naik bas pegi Kuala Terengganu dah RM40 kalau ikutkan (rasanya lah, dah tak ingat). Dengan penat duduk dalam bas lagi. Naik flight 45 minit dah sampai tak sempat nak buat tahi mata. Kuikuikui

Ok lepas tu, bulan 9 kan selalu ada Matta Fair. Sebelom Matta Fair tu, survey, kaji, nilai dulu. Nak pergi mana. Jadinya, lepas menilai pulau-pulau kat Terengganu ni, maka Zahida dan Tunang pun decide nak pergi Pulau Lang Tengah. Kenapa Pulau Lang Tengah? Sebab pulau ni macam private sikit. Nak honeymoon kena lah Pulau tak ramai orang. Baru boleh bergomol atas pasir. Ehh choi :D 



Sebenarnya ramai kan tak tau pasal Pulau Lang Tengah ni. Pulau ni terletak tengah-tengah antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Dan pulau ni adalah pulau yang kecil je. Resort yang ada kat Pulau Lang Tengah ni pun tak banyak. Cuma ada 4 resort sahaja. (Summer Bay Resort, Sari Pacifica Hotel & Spa, D'coconut Lagoon dan Lang Sari Resort). Pulau ni mempunyai pasir yang tercantik antara Redang dan Perhentian. Seriously lah, Zahida pernah pergi Redang last year. Bila compare pasir Redang dengan Lang Tengah ni, pasir kat Lang Tengah ni halus dan putih gila. Dah lah halus, sejuk plak. Aishh. Rujuk entry Pulau Redang

Kitorang pilih untuk stay di Summer Bay Resort sebab resort ni ada review yang baik di Trip Advisor. Kalau ada bajet lebih mungkin korang boleh pilih untuk ke Sari Pacifica tapi memang mahallah. Summer Bay Resort ni pun dah cukup baik untuk kitorang. Dengan bilik yang selesa, makanan yang sedap, staff yang baik dan friendly, layanan pun memuaskan. Overall bajet kitorang untuk ke Pulau Lang Tengah ni adalah;-

Return Flight Ticket (2pax) - RM135

Snorkelling Package Summer Bay Resort 
3Days 2Night (Deluxe Pool View Room)
2pax - RM 1176 (RM588/pax)

Land Transfer From KT Airport - Merang Jetty
RM 60 (RM30/pax)


Untuk orang yang naik flight, korang boleh amik sekali lah pakej dia yang Land Transfer tu. Senang. Nanti dekat airport ada orang tunggu korang siap-siap depan arrival gate pegang Summer Bay Resort punya kertas besar-besar. Dia akan check nama dan trus ikut dia. Dia akan bawak pegi kat Van dan terus hantar ke Jetty Merang. Summer Bay resort ada Jetty sendiri kat Merang tu. Dia bawak pegi Jetty sendiri lah kiranya. Perjalanan naik boat dari Jetty Merang ke Pulau Lang Tengah ni tak lama pun, dalam 45 minit je. Bersedia lah yang pakai line Digi, sebab kat Pulau ni takde line Digi. Muahahahaha. Dan setakat Zahida pergi haritu, Wifi pon dia takde lagi. 


Ni lah van nye.
Jetty Merang (Summer Bay Resort)
Pulau Lang Tengah dari jauh.. 
Biru kan kan kan. Air laut dia berkilat-kilat. Subhanallah

Untuk pengetahuan korang, Summer Bay Resort, Lang Tengah ni punya target visitor adalah tourist dari China. Marketing dia pun banyak untuk tarik tourist dari China. Jadi, jangan pelik lah kalau korang sampai kat Jetty tu, korang tengok takde pun orang Malaysia. Macam Zahida haritu lah. Pelik sendiri dengan husband kenapa lah semua orang China ni. Zahida dengan husband je visitor Melayu dan Malaysia time tu. Kahkahkah. 

View Swimming Pool dari bilik. 
Inilah bilik kami, overall puas hati. Bersih, secure.
Water filter pon ada luar bilik. Jadi tak payah risau pasal nak minum air masak/panas.

Disebabkan target visitor Summer Bay Resort ni adalah tourist dari China Mainland. Jadi, makanan yang disediakan sepanjang tempoh percutian ni dari breakfast, lunch dan dinner semuanya makanan-makanan ala cina. Pasal status halal ni korang jangan risau. Walaupun makanan dia makanan ala cina, tapi supervisor 'Food and Beverage' dia adalah seorang Islam. Nama nya Adam. Dia lah yang kawal apa makanan yang masuk, status halal semua tu. Mungkin sebab hari Zahida sampai tu, dia tengok Zahida dan husband sahaja yang Muslim, dia pun explain pasal ni. Hoiii tapi kannn, makanan kat resort ni memang terbaik! Bayangkan untuk satu waktu makan, dia hidangkan secara buffet lebih kurang 11 jenis lauk. Memang rambang lah mata aku. Kahkahkah. Dari itik,udang,sotong sampai ke kambing. Semua ada. Rasa macam taknak balik bilik nak makan je. Kihkihkih


Nak meroyan rasa tengok laut biru
Apalah keje laki bini ni.

Rilek brader, brader rilek.
Ikan ni tah berapa juta lah ade kat bawah tu. Dia suka duduk kat tempat teduh. 
Bagi ikan makan roti

Apa yang kita buat 3 hari disana. Hari pertama, pumpangpumpang korang akan sampai dekat Resort tu dalam lebih kurang pukul 1130. Lepas checkin, batak-batak jap tangkap gambar. Pukul 12 tu dah boleh lunch kat Kafe dia. Pukul 2 akan start aktiviti snorkeling. Snorkeling hari pertama ni cuma dekat area Pulau Lang Tengah ni sahaja. Dia akan bawak kita naik boat, dan pusing pulau ni. Dia akan tengok lah spot mana yang ok, maksud ok kat sini adalah angin tak kuat. Haa gittew. Pulau ni kan kecik, pusing naik boat haritu dalam 10 minit je. Kihkihih.



Rilek je abang waterguard ni jalan kat dasar laut. 
Macam tengok kat tv dah ha..

Cuba korang teka ni apa!? Hahaha.
First time tengok Zahida dh pikir kelaut dah. Muahahah.
Ni Gamat! Hidup. Bila kita pegang, dia lembik-lembik. Geli uolssssss
Ikan Nemo
Sian suami kita snorkeling sorang-sorang, bini takut tenggelam.
Mampu snorkeling kat tempat tak dalam je.
Yang penting kaki kena cecah pasir dasar penakot punya bini. Kahkahkah

Untuk hari kedua pulak, aktiviti pagi tu Zahida dengan husband tak join. Sebab aktiviti pagi tu adalah Jungle Tracking. Zahida mengandung kan, so husband cakap takyah pergi. Jadi kitorang melepak sahaja. Aktiviti petang adalah Snorkeling kat Taman Laut, Redang. (Marine Park). Last Year Zahida pergi, peh ramai gila orang. Tapi pergi kali ni, mungkin sebab hari bekerja kot, takde orang sangat pun. Happy gila takyah sesak-sesak.

Marine Park.


Snorkeling kat Marine Park ni dalam sejam lepastu diorang akan bawak kita pergi berjalan-jalan di Pulau Redang pulak. Merasa lah lagi sekali tengok Pulau Redang. Kemain ramai orang kat Redang. Hihihi. Apa yang kitorang buat kat Redang ni taw, kitorang jalan-jalan, pastu beli air bubble tea kat depan Laguna. Fefeeling minum Chatime. Kat sini sapa nak mandi lagi sekali pun boleh. :) Beza lagi satu Pulau Redang dengan Lang Tengah ni, dekat Lang Tengah takde ombak pun. Kat Redang ni ombak menderu-deru. Kalau snorkeling tak tau lah nampak apa. Mungkin sebab baru lepas monsun kot. 


Pulau Redang. 


Ok hari terakhir, kitorang check out pukul 9 dan kembali semula ke Jetty Merang. Yang bagusnya kan, untuk customer dia yang flight lambat, van akan drop kan kita dekat area Pasar Payang dulu. Untuk berjalan. Lepas tu, dia akan pick-up semula pada jam sekian-sekian. Macam Zahida haritu, flight balik KL pukul 9.15 malam. Jadi driver van drop kan kitorang dekat area Pasar Payang dan ambil semula pada pukul 6 petang. Lame kaw. Shopping lah sampai muntah. Tapi Zahida haritu beli sikit je barang sebab tak larat. So kitorang amek hotel murah area Pasar Payang tu (City Point Hotel), kitorang tidor sampai pukul 5 ptg. Kakakaak :D 


Ni dengan waterguard. Nama dia Zali. Dia yang banyak bawak kitorang pusing Pulau ni.
Rajin melayan kerenah orang dia ni


Tips untuk korang yang nak pergi bercuti kat Pulau Lang Tengah, Pulau Redang mahupun Pulau Perhentian. Berdasarkan apa yang staff di resort ni cakap, waktu tercantik kebanyakan pulau di Pantai Timur ni adalah dari bulan Julai hingga Oktober. Sebelom ia di tutup sebab monsun. Kalau korang pilih untuk datang Pulau Lang Tengah ni pada bulan Julai hingga Oktober, korang akan dapat tengok ikan dari dekat atas jetty lagi. Kalau ada nasib boleh tengok 'shark'. Time Zahida pegi haritu, tak nampak shark. Ada baby shark je tu pun tak nampak gak, dengar Abang Zali ni bagitaw je dekat tourist China. Bluesand pon lebih banyak dan cantik kalau pergi time tu. Time Zahida pegi, bluesand tak berapa banyak sebab cahaya mungkin. Bluesand ni jadi kalau gelap. Dia macam kelip-kelip. Cuma ni kelip-kelip dalam air yang berwarna biru dan menakjubkan.

Jom Melawat Malaysia 2014. Rancang perjalanan anda :)

4 comments:

  1. Kalo bwk infant dlm umur sethn sesuai x nk folo aktiviti snorkling diorg ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @zy, sy rasa mcm tak sesuai je. kalau nak snorkeling better anak tinggalkan kat bilik suruh sapa-sapa jagakan.

      Delete
  2. Ok Next pulau nak pergi Pulau Lang Tengah nie lah ahahhaa

    ReplyDelete
  3. Hello my loved one! I wish to say that this aticle is awesome, nice written and come with approximately all
    significant infos. I'd like to look extra posts
    lie this .

    ReplyDelete