Wednesday, June 11, 2014

Tips Rumahtangga.

Assalamualaikum.

Weehu, harini 11 June 2014, genap dah 5 bulan Zahida dan suami kahwin. Rasa sekejap gila masa berlalu. Baby dalam perut ni pun harini dah genap masuk 22 minggu. Alhamdulillah, dia makin aktif menendang. Zahida perasan dia mesti aktif lepas Zahida solat subuh, lepas Suami pergi keja, pukul 11 pagi, pukul 4 petang dan pukul 11 malam. Hihi. Bila nak bagi husband rasa je, baby terus taknak tendang. Kesian husband tak dpt rasa lagi. Bahagia, syukur.

Harini macam nak share beberapa tips lah. Phui kahwin pun baru 5 bulan lagak macam kahwin dah 15 tahun. Kahkahkah. Korang, nanti nak kahwin. Dari bakal suami tu pun dah kena piliih. Bukan main sapu je taw. Alhamdulillah kalau korang ditemukan dengan lelaki yang baik, macam Zahida. :D. Kata orang, perangai pasangan masing-masing lepas kahwin dan sebelum kahwin tak sama. Jadi harini rasa macam nak sangkal semua benda tu. Mungkin benda ni berbeza untuk semua orang. Ye la macam orang tua-tua cakap, perkahwinan ni satu perjudian kekdahnya.





Tips Pilih Calon Suami
  1. Pilih lah yang sedap mata memandang. Handsome tu tak penting. Tapi asalkan bila kita tengok dia, kita rasa happy, tenang dan bahagia. Itu dah cukup. Kalau handsome sangat kang, banyak pulak peelnya. Jalan pun semua perempuan nak pandang sakit pulak hati kiteeeee. Haha
  2. Yang ni penting untuk Zahida. Mula-mula kenal husband, suka tengok cara dia layan mak dia. Dia nampak sangat bertanggungjawab dekat mak dia since ayah dia dah meninggal kan. Orang cakap, nak carik suami, cari yang sayangkan mak dia dan berani tunjukkan yang dia sayang mak dia. Sebab dia akan sayang kita macam tu jugak. Dan Alhamdulillah, betul benda ni. 
  3. Cari suami yang menjaga solat. Ini paling penting. Semua masalah rumahtangga banyak mula apabila salah sorg dari suami/isteri culas dalam solat. Tiang agama kan, kalau tiang tu bengkok, macamana lah pulak hati manusia yang senang berbolak balik. Selagi manusia tu menjaga solat, selagi tu dia masih ada sedikit iman yang dpt elakkan dia dari buat benda yang tak elok, insyaAllah. Kita jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jaga hubungan kita dengan manusia.
  4. Pilih suami yang ada cita-cita untuk memajukan hidup dan keluarga. Atleast ada aim. Bende ni penting jugak dalam kehidupan sebab sebagai lelaki, dia adalah ketua keluarga. Dia jugak kena ada sifat kepimpinan atau ciri-ciri sebagai ketua. Haaa, barulah boleh pimpin bini yang suka jalan senget benget ni kan. Hiksss
  5. Cari suami yang matang. Yang boleh beri pendapat dan pandangan. Yang mampu membuat keputusan yang bijak. Haa gittew :)
Sebenarnya, ciri-ciri ni semua ada kat husband Zahida. Muahahaha. Alhamdulillah Allah hantar lelaki yang baik untuk Zahida. Nak suami yang baik, kita pun kena lah jadi baik kan. Jadi sama-sama lah perbaiki diri. Semoga berjumpa dengan jodoh yang soleh/solehah. 





Tips Kekal Romantik 

Kalau sebelum kahwin dah romantik, lepas kahwin kenalah makin romantik. Jangan lah romantik sebelum kahwin je, dah kahwin tak pulak kan. Harap lepas dapat anak nanti pun masih boleh praktikkan benda ni semua.
  1. Selalu ucap I Love You kat pasangan. Macam Zahida, sehari tah bape kali ucap. Yang wajib ucap time suami pergi kerja dan sebelum tidur. 
  2. Mintak maaf walaupun tak tau apa silap kita.
  3. Selalu pegang tangan suami. Kalau keluar pergi mana-mana ke, kalau tak pegang tangan kan, suami mesti cakap "Sayang taknak pegang tangan ke?". Nanti automatik rasa serba salah. Seronok taw, rasa macam baru kahwin pulak. Hihi. 
  4. Sebelum suami pergi kerja, peluk dan cium suami. Dia balik kerja pun kita sambut macam tu. 
  5. Kalau macam mood tak betul datang, hantar lah gambar selfie kat suami time dia tengah kerja. Kuikuikui. Walaupun dia tengah kerja, hantar je SMS kat dia. Bila dia free mesti dia akan reply. :)
  6. Sambil tengok tv tu, belai lah suami. Main rambut dia, cari rambut gatal (tu mmg favourite). Lelaki kan suka dimanjakan. Ke laki aku je? Haha
  7. Selalu senyum dekat suami. Kadang-kadang macam kerang busuk je Zahida sengih. Sebab tak reti nak senyum-senyum sopan. Tapi senyumlah. Mana tahu senyuman kita tu membahagiakan dia. Hihik.
  8. Jadi isteri yang manja. Jangan cepat merajuk, marah. Dan paling penting. Jangan tinggikan suara dekat suami. Kalau terbuat, mintak maaf cepat-cepat. Manusia kan sentiasa buat salah :)
  9. Selalu lah solat berjemaah bersama, atleast time magreb disusuli dengan mengaji. Dapat mengeratkan hubungan suami isteri disamping bersama memperbaiki kelemahan dalam bacaan alquran :)

Seronok sebenarnya kehidupan lepas kahwin ni. Laluilah susah senang bersama-sama dengan pasangan. Kalau jadi isteri, elakkan jadi isteri yang derhaka dalam hati. Zahida pun sama nak cuba elakkan. Takut jugakkan. Okay sampai sini dululah. Semoga kita berjaya membina rumahtangga yang diberkati dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

--UPDATE---
10 Feb 2019

Baru-baru kahwin, kentut pun wangi weh. Hahahha. Sekarang dah 5 tahun kahwin dan 2 anak. Alhamdulillah makin bahagia. Tapi biasalah kalau marah sebab penat, sayang pun boleh jadi benci 5 minit. Cinta pun boleh jadi tahik. Hahaha.

Dah ada anak ni aku tak sempat pun nak beromentik-beromentik. Baru nak lepak-lepak main cari-cari rambut gatal, picit jerawat, cakap bermesra dah ada budak menyelit kt tengah. Potong betul.

Tips aku yang terbaru..

Biarlah suami tu ralit main game kt rumah. Dari dia pegi merambu tah melepak dengan sape. Sebab suami aku skrg gila game pubg. Takpela main game asalkan anak panggil kena sahut bini panggil kena layan. kan! :)


KAHKAH



3 comments:

  1. sokong seratus peratus.. pilih suami bukan boleh main petik2 jer.. :)

    ReplyDelete
  2. kerlass pelbagai tips rumahtangga ek

    ReplyDelete
  3. Betollllllllll....!!

    saya sokong semua pernyataan di atas..hihi

    ReplyDelete