Assalamualaikum
Hihihi. Baca tajuk pun dah tau dah kan apa yang cuba nak disampaikan. Ya Allah, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Selepas 6 minggu kahwin (Entry ni ditulis pada 24/2/14 ), dan dengan keadaan badan yang tiba-tiba lemah tak berdaya. Dengan period yang dah lewat lebih 10 hari. Zahida tergerak untuk buat urine test. Resultnya. Alhamdulillah, Alhamdulillah. 2 line. Maksudnya, Zahida pregnant! Alhamdulillah.
Macam tak percaya. Setiap pasangan yang kahwin semuanya mesti nak anak kan. Penyambung keturunan, pengikat kasih dan sayang. Macam tu jugak Zahida, nak anak cepat. Plan dengan husband kalau boleh anak sulung ni biarlah ikut rezeki. Taknak rancang-rancang. kalau boleh nak cepat. Hikhik. Kebetulan time kahwin, Zahida tengah period. Lepas tu memang suburlah kan. Kalau sesiapa yang tak tau kira time subur ni, korang boleh guna smart phone korang. Download je application Period Tracker ke, My Period Calender ke. InsyaAllah ada rezeki Zahida cerita pasal Application ni okay.
Simptom yang Zahida alami sebelum Zahida buat urine test ni kan, contohnya macam;
- Confirmlah period lambat kan. Hihi. Macam Zahida dah lewat sehari tu pon, rasa macam dah perasan, aku mengandung kot. Tapi time tu, takut nak bagi harapan kat diri sendiri. Takut kecewa. Lepas tu baca kat blog mommy to be, semua suruh tunggu sampai period dah delay 2 minggu. So, Zahida pun sabar menunggu 2 minggu tu.
- Takde selera makan. Memang tak lalu betul tengok makanan walaupun sedap. Masak boleh tapi nak makan tak nak.
- Sakit pinggang yang teramat. Serius! Sampai duduk tak kena, baring tak kena. Tak tau nak buat cmane dah. Ade lah dalam seminggu sakit pinggang ni.
- Kulit jadi kering yang teramat sangat. Selalunya kalau simptom period pon kering. Tapi kalini kering nya lain macam.
- Asyik kencing, tapi bila dah kencing, rasa tak puas. Bukan kencing tak lawas tapi kencing tak puas. Ngahahah.
- Nafsu takde. Nafsu ape? Paham sendiri. Hahahaha
- Demam yang teruk. Mula-mula husband yang demam dulu. Tapi time tu Abah cakap, husband tu maybe demam urat sebab penat pindah rumah. Seminggu lepas husband demam, Zahida pulak demam. Memang teruk demam kali ni. Makan takleh, badan panas sangat-sangat. Nasib ada husband tolong tuamkan badan dengan air.
Zahida memang awal-awal dah beli pregnant test tu, beli dua lagi. Kakakaka. Satu yang murah (brand: Dip & Tell). Satu lagi beli yang digital (brand: Clearblue). So time demam ni, bangun pagi-pagi lepas husband pegi keje, trus buat urine test tu. Guna yang murah dulu. Kuikuikui. Skali tengok, terkejut sangat! Laju je line tu naik. Pekat pulak tu! Rasa macam, ya Allah betul ke ni!!! Terus call husband, bagitaw. Hihihihi.
Time tu segan lagi nak bagitau Mak dengan Abah. Cuma bagitaw kawan baik dan kakak-kakak je. Sebab takut result tu tipu (cehh). Gigih lah tunggu hujung minggu. Sebab hujung minggu balik Klang ada kenduri kawan baik dekat Sungai Buloh.
Dekat umah Klang, pagi-pagi buat urine test lagi guna test kit yang digital pulak. Husband beriya pegang test kit tu nak tengok result. Kakaka. Lepastu, test kit tu tulis (Pregnant. 3+) Bermakna, kandungan lebih 3 minggu. Husband punyalah tersengih-sengih. Zahida pulak terus lari g kat Mak, tunjuk test kit. Pastu g kat abah pulak. Sanggup kejut abah bangun tidur. Ingat lagi dialog, ("Abah-abah, idah mengandung"). kahkahkah. Terus terjage abah. Celik mata dia. Abah terus cakap, ("Abah dah agak dah"). Cewah! Kahkahkah.
Pengalaman manis ni baru bermula. Saat ni, time Zahida up entry ni, kandungan baru berumur 14 minggu 2 hari. InsyaAllah lepas ni kita sambung cerita lagi. Pasal buku pink, perasaan time buat ultrasound dan macam-macam lagi. Doakan Zahida dan baby taw!
Pengalaman manis ni baru bermula. Saat ni, time Zahida up entry ni, kandungan baru berumur 14 minggu 2 hari. InsyaAllah lepas ni kita sambung cerita lagi. Pasal buku pink, perasaan time buat ultrasound dan macam-macam lagi. Doakan Zahida dan baby taw!
assalamualaikum & slm sejahtera..
ReplyDeletesaya ada menjual pkaian menyusu, peralatan & kelengkapan menyusu.. sudi2 lh jenguk ye.. mna tau klau berminat..
instagram : azeramya
facebook fanpage : Azeramya
blog : azeramya.blogspot.com
Whatapps : 019-4946337
email : azeramya@gmail.com
terima kasih...
Hehe haruslah excited bila tahu pregnant ni 😊
ReplyDelete