Assalamualaikum.
Penat weh, carik barang. Semalam aku pergi carik kain hantaran untuk buat baju nikah dengan sejadah je. Dalam otak dah fikir dah design baju nikah nak yang camane. Aku nak buat dress yang simple je untuk nikah. Lepas tu survey-survey kain. Tanya-tanya orang. Kebetulan, adik sedara aku ada kawan designer. Jadi aku pun bagi tunjuk gambar baju yang aku suka tu, lepas tu akak designer tu bagitaw la nak kena beli kain apa, berapa meter sume.
Sehari sebelum pergi beli kain. Aku nervous gila. Takut tak cukup bajet. Aku ni nak bertunang, bagi semua barang time bertunang, tapi bajet memang ciput sangat. Bajet aku untuk baju tu bawah RM300 weh untuk lelaki dan perempuan. Gila bajet kan aku. Haha. Aku dengan Ewan plan, nak beli baju untuk lelaki, baju melayu satin yang dah siap. Sebab untuk nikah je kan. Kalau aku beli kain, nanti nak kena hantar upah lagi. Upah baju melayu setahu aku dalam range RM70-RM100.
Semalam aku pergi Jalan TAR dengan Semua House. Lepas tu menuju ke Jakel. Mula-mula aku masuk kat kedai mana tah. Tak perasan. Ada lah aku berkenan baju melayu Satin tu. Harga dia RM190. Warna dah cantik, aku berkenan. Tapi bila tanya Ewan, dia kata tu mahal sangat. So aku pun meneruskan perjalanan dengan kakak-kakak aku dan Emak.
Semua house pun aku pergi. Untuk cari baju melayu. Tapi memang semua harga lebih dari bajet. Cantik memang cantik, tapi mahal sangat. Aku kan save bajet. Hewhew. Lepastu masuk kat satu kedai tu, aku tertarik dengan kain dia. Sangat menepati cita rasa. Aku nyaris-nyaris terbeli. Tapi nasib baik tak beli. Sebab aku pikir nak tengok kat Jakel dulu. Ini set. Satin lelaki 4.5 meter + satin perempuan 4 meter + lace 2 meter. Lace dia keras. Ok nasib tak ambik
Ini kain kat semua house. |
Menuju pulak aku ke Jakel. Sampai-sampai tu aku macam blur. Aku nak carik kain macamane sebenanrnye. Padehal aku dah taw yang aku patut pergi cari Satin Bridal/ Duchess Satin warna Tiffany Blue. Tapi aku boleh plak melilau pegi tanya kat SA tu bajet aku sekian-sekian ada tak kain cantik. Memang dia tunjuk kat aku yang tak cantik je lah! Haha. Lepastu, dalam sebok-sebok dia carik kain yang sesuai untuk aku, aku tetiba tanya. "Akak kain duchess akak boleh bagi bape RM semeter?". dan dia jawab RM27. Dia terus bawak aku naik tingkat atas. Untuk pilih kain duchess.
Dan Alhamdulillah, aku dapat kain duchess, bidang 60. Aku amik 5 meter untuk buat dress. aku mintak akak tu potong lebih-lebih sikit. Ekeke. Lepas tu aku cari pulak border lace. Aku siap cakap, "akak jangan tunjuk yang mahal-mahal taw. Saya kan bajet ciput" . Itu lah ayat aku. Haha. Dia pun tunjuk kat aku border lace yang harga dia RM49/meter.
Ini lace yang dia suggest. Memula aku ingat nak pilih kaler putih/pink. Tapi last-last aku pilih yang darker tu. Hihi |
Ok setel baju aku. Sekarang baju melayu Ewan pulak. Aku tanya akak tu samada Jakel ada jual baju melayu satin dah siap tak. Dia jawab ada dan terus bawak aku ke tingkat atas. Dia try matchkan. Ada yang match tapi takde size. Last-last, aku nampak satu baju melayu yang matching dengan border lace aku. Aku tanya pendapat semua orang samada sesuai tak kalau time nikah Ewan pakai baju tu. Kiranya, baju dia tak match dengan baju aku, tapi match dengan border lace sahaja. Semua cakap sesuai sebab dah banyak orang buat cmtu. Jadi bila baju Ewan dah sama dengan border lace aku ni, aku plan, untuk tudung time nikah aku akan pakai sama kaler dengan baju melayu Ewan dan veil pulak aku akan pakai sama kaler dengan baju aku. Boleh imagine tak? tak boleh? Ok takpa, tunggu hari nikah nanti. Haha
Sampin tu pun beli kat Jakel jugak. SA matchkan sampin Ewan dengan baju aku. |
Ini pun beli kat Jakel. Tingkat bawah. Comel kaler dia. |
Sejadah ni beli dekat Mydin. Yang atas Ewan punya, bawah aku punya. Heew |
Itu je yang aku beli semalam. Total untuk barang-barang harini;
No comments:
Post a Comment