Monday, December 10, 2012

Tarikh Bertunang

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Akhirnya, tarikh bertunang dah konfirm. Mula-mula plan nak buat time besday aku 13/01/13. Tapi sebab time tu cuti tak panjang. Terpaksa lah ubah tarikh. Takkan nak pentingkan diri sendiri je kan. Ewan dah la kerja kat Taiping sanen. Bertunang nanti dah la dekat Tampin. Kejam nya aku kalau taknak bertolak ansur pasal tarikh. 

Lepas beli cincin haritu, ada dapat calender 2013 free. Balik umah tu, Ewan selak-selak calender, dia ternampak ada satu tarikh yang sesuai. Iaitu 27/01/13. Kenapa tarikh tu? Sebab, 24/01 bersamaan hari khamis adalah cuti Maulud nabi, jumaat tu dia apply lah cuti. Sabtu pulak kakak Ewan buat aqiqah untuk anak dia. Ahad 27/01 tu pulak adalah Thaipusam. So mcm biasalah, bila public holiday hari Ahad, cuti kan jatuh hari Isnin. Jadi dapat la Ewan cuti lagi Isnin tu. 

Tapi.. Ada tapinya. Tarikh tu dah konfirm untuk Ewan dan aku. Tapi masih tak konfirm untuk family Ewan. Sebab family dia mewakilkan ketua blok dekat kampung dia untuk jadi jurucakap time bertunang tu. Jadi, family dia kenalah membooking ketua blok dia dulu untuk tarikh 27/01 tu. Kalau ketua blok dia ok time tu, baru lah tarikh tu diluluskan kiranya. Kalau ketua blok dia ada hal lain, terpaksalah aku dan Ewan tunda tarikh lagi -_-

Dan.... Alhamdulillahh :')

Alhamdulillah, tarikh dah confirm. Semoga perjalanan ni lancar dan dipermudahkan. InsyaAllah :)

No comments:

Post a Comment