Sunday, December 2, 2012

REVIEW: Hantaran Part 1

Assalamualaikum.

Aku ikut jejak kakak sulung. Sebab dia bertunang, bagi semua barang. So time nikah, takyah runsing dan penat nak bawak pape. So, untuk majlis aku nanti, aku bagi jugak semua barang hantaran. Ni list barang hantaran ;

HANTARAN UNTUK EWAN
  • Sirih Junjung
  • Kemeja & tie
  • Set dompet & belt 
  • Toileteries
  • Kasut & stokin
  • Buku Hadis Fadhilat Amal & Sejadah & Kain Pelekat
  • Baju Nikah (Optional)
  • Kek / Cupcakes
  • Buah-buahan
HANTARAN UNTUK ZAHIDA
  • Sirih junjung & cincin
  • Kasut
  • Al-quran Wanita ✔ & Buku agama
  • Telekung & sejadah
  • Baju nikah
  • Handbag
  • Kek / Buah

So lepas beli cincin haritu, kitorang terus pergi AEON Bukit Raja, untuk cari barang. Aku utamakan barang Ewan dulu. Sebab dia kerja jauh, jarang boleh balik. Kena carik barang dia dulu lah. Barang aku lambat sikit pun takpe. Lagipun sekarang tengah Year End Sale, memang berbaloi la kalau nak shopping sekarang. 

Hasil dari jelajah AEON tu, dapat lah kitorang beli barang Ewan dan aku dengan harga yang sangat berbaloi dan tak melebihi bajet kami. Alhamdulillah. Ni ha je barang yang kitorang dah beli;

Kemeja & tie. After less dapat both for RM84
Set belt, wallet & pen. After less dapat RM75
Handbag. After less dapat RM135
Kasut. After less dapat RM135
Setakat ni baru beli itu, insyaAllah next week. Aku nak pergi Jakel untuk cari kain baju nikah, sejadah dan kasut aku.

No comments:

Post a Comment