Tuesday, June 28, 2011

Panduan untuk Daftar Haji di Tabung Haji

Assalamualaikum.

Aku dah banyak kali sebenarnya nak daftar pergi Haji tapi asyik bertangguh-tangguh je sebab malas nak pergi Tabung Haji. Jauh nak jalan kaki dari Bandar Klang tu. Lagi satu aku tak suka pergi Klang sekarang ni. Perasaan tak suka ni dah lama muncul sebab sekarang Bandar Klang yang ada Mydin, Centre Point tu BUSUK, KOTOR dan sekarang ianya merupakan pekan kepada bangsa asing. Bukan nak mengata tapi itulah realitinya. 

Pergi Tabung Haji harini pun sebab mak beria-ia ajak. Mak kata bila lagi nak daftar Haji makin hari makin lama nak kena tunggu giliran. Aku pun ikutlah sebab kesian kat Mak asyik ajak je. Pergi naik bus, nak bawak kereta taktau nak balik camane. Mak yang kata camtu. Hik.

Boleh tengok yang merah tu lepastu nangis. Huahua

Benda yang perlu waktu nak daftar Haji ni cuma duit je. Duit dalam akaun kena ada RM1300. Kalau dalam akaun ada RM2000, Tabung Haji akan bekukan nilai RM1300 tu. Kalau tak cukup RM1300 pulak kenalah kita tambah duit bagi cukup macam yang dia nak tu. Tu je proses nak daftar nye. Lepas dah daftar dia bagi satu resit kat aku tadi, dia highlight kan tahun aku punya giliran pergi haji. Berpeloh aku tengok tahun tu pastu terus cakap kat mak aku, "Tah hidup lagi ke dah mati Ida time tu". Sebab tahun tu menunjukkan tahun 2040. 

Bayangkan, sekarang tahun 2011 umur aku 22 tahun. Tahun 2040 pulak umur aku adalah 51 tahun. Tak ke dah tua tu. Kalau tak silap aku, sistem giliran nak pergi Haji ni dulu-dulu cuma tunggu 12 tahun je. Sekarang dah jadi 28 tahun pulak? Oh Mak Aiiii. 

Tapi mak ada cakap tadi, nanti kalau duit dalam akaun tu dah cukup untuk pergi Haji boleh buat rayuan supaya dipercepatkan. Lepastu tadi adalah aku borak-borak dengan pakcik guard kat situ, dia kata kalau nak cepat pergi Haji, pergilah guna pakej yang bawah Tabung Haji punya tapi mahal sikitlah. Kalau aku dah kaya nanti bolehlah aku guna pakej-pakej ni.

Jadi, tunggu apa. Daftar lah pergi Haji sekarang. Jangan tunggu lama-lama. Daftar je dulu. Kalau tangguh-tangguh nanti makin lama lah giliran. Daftar pergi Haji jugak boleh buat kat Bank Islam.

4 comments:

  1. agreed bout klang!
    kalau tak kerana KFC kat situ je yang kualitinya bagus, jangan harap aQ nak jejak kaki kat sanalah!
    eceh~

    ReplyDelete
  2. hahaha taw xpe. rasenye tahun 2011 ni baru bulan jun aku pegi klang

    ReplyDelete
  3. berdoalah selalu-selalu, insyaallah akan diizinkan ke sana cepat

    ReplyDelete
  4. Skg guna epf statement pun dh leh p daftar haji :-)
    So, x perlu usik simpanan kita dlm tabung haji tu :-)
    Semoga kita semua dpt ke sana dgn izin-Nya..inshaAllah :-)

    ReplyDelete