Assalamualaikum.
Abah dari dua minggu lepas asyik ajak kaksarah dengan kak ina belanja makan Nasi Arab dekat Seksyen 7. Aku ikutkan aja sebab bukan aku yang belanja. Maklumlah tak kerja lagi. Time ni lah seorang ayah ngan mak nak rasa anak-anak punya gaji selain dari duit bulan-bulan yang anak-anak bagi. Hik.
Mula-mula aku cadangkan untuk makan dekat I-City, kat dalam I-City tu kan ada satu kedai nasi arab macam yang aku dengan Syazana selalu pergi. Kedai Al-Rawsha. Tapi abah taknak. Abah nak makan jugak dekat kedai Seksyen 7 belakang Shell. Abah cakap camtu. Jadi, harini baru terlangsainya hutang kaksarah untuk belanja abah dengan mak makan.
Baru lah tau nama kedai tu D'Arab Cafe. Sebelum ni ada jugak google nama kedai tu. Betul lah macam apa yang kitorang carik dekat Google. Same je dengan semua yang kitorang jumpa. D'Arab Cafe.
Kitorang 5 orang. kakak aku dua orang, ayah, mak dan aku. Abah order Lamb Kabsah untuk 3 orang makan je. Tapi pinggan mintak lah 5 sebab nasik arab ni kan banyak. Kalau mintak 5 orang makan memang lah banyak yg berlebih. Bila mintak macam tu dia hidangkan dalam dulang. Lepas tu abah order salad dengan half chicken. Air pulak air biasa la. Cuma abah punya lain sikit. Air teh arab. Memang terbaik. Ada cengkih, daun pudina. Soodapp.
Half Chicken |
Salad |
Nasik dalam dulang dia. Nampak sikit tapi banyak sebenonye. Kambing die sikit |
Dekat D'Arab Cafe ni punya pamplet ada tulis 'The Low Budget Middle-Eastern Foods'. Memang bagi aku, kat sini murah lah. Beza harga dia banyak jugak lah dengan Al-Rawsha. Tapi kat sini walaupun murah tetap sedap. Tu la yang bagusnya.
Sikit pengenalan pasal D'Arab Cafe ni. D’ARAB CAFÉ adalah satu rangkaian restoran yang menyajikan makanan arab yang mampu dinikmati untuk semua golongan. Bermula dengan sebuah ruang niaga yang sederhana di Stall No.9,Kompleks Anjung 7 pada 1hb.April 2009 oleh pengasasnya Tuan Hj.Mohd Hairudin Hj.Md Top. Pertumbuhan D’ARAB CAFÉ adalah sangat mengalakkan. Sehingga kini terdapat 12 buah restoran D’ARAB CAFÉ beroperasi disekitar Lembah Klang. Dengan kadar pertumbuhan dan perancangan yang telah dan sedang dijalankan, insyallah rangkaian D’ARAB CAFÉ dijangka bertambah.
D’ARAB CAFÉ juga menyediakan khidmat penghantaran di kawasan sekitar Shah Alam dan Klang di mana minima order adalah sebanyak 5 pax (setiap pax dikenakan caj perkhidmatan RM1 sahaja ). Hubungi talian Hotline 017 682 1700.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh lah bukak website dia. Ni dia. Klik link ni. D'Arab Cafe
mak sy pndai wat nasi briyani arab tu.. adik sedara sy kt sana ajar.. so, xyah pi kedai tu dh.. hehehe.. ;-p
ReplyDeleteyeke. wah pasni boleh la mintak mak resipi. bleh sy wat ntok mak saye plakk :)
ReplyDelete