Wednesday, August 3, 2011

Kenapa lelaki tak suka mendengar dan perempuan tak boleh baca peta

Assalamualaikum.

Jalan-jalan kat Kedai Buku Popular kat JJ Bukit Tinggi. Memang niat nak cari buku. Tapi wan terjumpa buku lain pulak. Mula-mula dia terjumpa buku yang Men Are From Mars Women Are From Venus versi Bahasa Melayu. Tapi bila dia belek-belek dia macam tak berminat pulak nak beli. Lepas tu aku terjumpe pulak buku Why Ment Dont Listen and Women Cant Read Maps. Mula-mula aku ternampak buku ni sebab warne dia menarik. Warna peberet aku. Lepas tu bila belek-belek, isi dia pun macam menarik. Lalu Wan pon membelikan. hik. Yang Wan belikan ni dalam edisi bahasa melayu.


Buku ni ada 11 topik utama dan banyak lah tajuk-tajuk kecik bawah topik tu. Antara topik dia ialah:

  1. Spesis yang sama tapi berlainan dunia
  2. Semuanya masuk akal
  3. Kesemuanya ada dalam kepala
  4. Bertutur dan mendengar
  5. Kebolehan spatial: Peta, sasaran dan parkir selari
  6. Fikiran, sikap, perasaan dan kawasan bencana yang lain
  7. Koktel campuran kimia kita
  8. Lelaki tetap lelaki tapi tidak selalunya
  9. Lelaki, wanita dan seks
  10. Perkahwinan, cinta dan perasaan romantik
  11. Menuju Masa Hadapan yang berbeza
Buku ni bagus lah jugak untuk aku.  Membuka minda. Contoh-contoh yang dia bagi dalam buku ni pun macam betul jugak. Contohnya dia bagitau kenapa perempuan kalau baca maps akan pusing-pusingkan map tu, kenapa perempuan selalu salah tunjuk arah. sepatutnya nak suruh belok kiri tapi dia cakap belok kanan. Kenapa lelaki kalau kita bercerita dia nampak macam tak berapa nak dengar. Kenapa perempuan susah nak parking kereta masuk bontot dulu. Macamane lelaki boleh membanyangkan lukisan 2D jadi 3D menggunakan otak mereka. Dan macam-macam lagilah. Sesuai dijadikan bahan bacaan di bulan puasa. Hik. Murah je RM25. 

Dalam buku ni ada banyak ayat best-best. Yang paling best untuk aku ayat ni:
"Apabila lelaki tidak bercakap, Wanita segera merasa tidak dicintai"

Aku rasa ayat ni betul. Hee

1 comment:

  1. ha...nt bace bg khatam.. nt cite kt i ye...hee

    ReplyDelete