Thursday, July 17, 2014

Panduan Bukak Buku Pink Untuk Ibu Mengandung

Assalamualaikum.

Pinjam gambar anak orang


Haaaa, Alhamdulillah mengandung dah masuk 6 bulan 3 minggu baru rasa terhegeh-hegeh nak tulis pasal Panduan bukak buku pink ni. Hewhewhew. Kadang-kadang rasa malas nak cerita, tapi cerita lah jugak. Manalah tau boleh jadi panduan kat ibu-ibu yang baru mengandung/hamil kali pertama ni. Sebab haritu Zahida pun sibuk google jugak macamana nak bukak buku pink ni, apa nak kena bawak itu ini semua kan. 

Waktu Yang Sesuai Untuk Bukak Buku Pink

Macam Zahida, bukak buku pink ni time kandungan dah masuk 10 minggu. Eh camane boleh tau mengandung dah 10 minggu kan jumpa doktor pun belom. Ala senang je nak kira. Macam ni. Amik hari pertama period terakhir korang. Lepas tu kira lah. Kuikuikui. 

Contohnya;
Tarikh Check UPT: 16 Julai 2014
Hari pertama period terakhir korang : 18 Jun 2014
So, kira dari hari pertama period terakhir korang tu sampai lah tarikh harini. Bermakna kandungan korang dah 4 minggu. Paham tak? Hihi. Kalau susah2 sangat, korang pergi je kat link ni. Due Date Calculator.

Sebab apa suggest pergi klinik time kandungan dah 10 minggu. Sebab memang nurse cakap macam tu pun haritu. Kalau pergi awal sangat jenuh korang nak kena ulang-alik pergi klinik. Bukan apa, leceh sikit. Setiap kali pergi kena amik darah, air kencing. Tunggu orang ramai. Ada baca pengalaman blogger-blogger lain, siap kena marah pergi klinik awal sangat. Gittew. Melainkan korang tak sabar sangat nak tengok seketul daging yang baru nak terbentuk tu, boleh lah pergi klinik swasta dulu kot untuk check dan sahkan yang korang betul-betul mengandung. :)


Apa Yang Perlu Dibawa Untuk Bukak Buku Pink/Buku Rekod Ibu Mengandung

Benda pertama untuk first mommy yang nak bukak buku pink ni. Korang kena bawak salinan surat nikah ye. Jangan lupa. Ini penting untuk bukak buku pink. Memang prosedur dia macam tu. 

Prosedur lain yang  biasanya akan dibuat untuk Ibu-ibu yang pertama kali nak bukak buku pink ni antara lainnya. 

- Ujian Air Kencing

- Ujian Darah

- Interview dengan nurse sikit. Ini nurse akan tanya banyak jugak. Sebab dia nak kena isi details kat buku kita. Amik masa sikit sebab dia kena isi details di dua buku satu buku untuk simpanan ibu, satu untuk simpanan dan rekod klinik). Nurse juga akan tanya pasal latar belakang kita dan suami. Sejarah penyakit dalam keluarga macam kencing manis, darah tinggi dan lain-lain. Macam-macam jugak lah soalannya Peah! Hewhew. 

- Check breast. Ini check sungguh ok! Sila tunjuk payudara kepada nurse anda. Muahahaha. Oi malu sungguh ok. Tapi macam Zahida haritu, nurse tak check pun. Tapi dia ada lah cakap sepatutnya dia kena check pegang-pegang, raba-raba sikit. Kakaka. Haritu dia cuma tanya je. Dia akan check sebab nak pastikan adakah breast kita sesuai untuk penyusuan bayi atau tak. Nipple timbul ke tenggelam camtu. Naseb baik tak check oi, kalau check love bite merata tak ke haru. Muahaha. 

- Nurse akan suruh masuk dalam satu bilik kain, dia akan tekan-tekan perot nak ukur besar janin. Time 10 minggu, nurse cakap tak rasa lagi. Rasa macam ketul je. Sebab kecik kan. 
- Lepas tu nurse akan tanya, bila hari pertama period terakhir kita. Sebab dia nak tengok kalender nak kira dah bape minggu kandungan kita. 

- Ini part paling best! Bila dah setel semua diatas kan, kita kan jumpa doktor. Doktor akan scan perot. Dan buat kali pertama nya, kita akan nampak seketul daging/fetus! Allahuakbar. Rasa nak nangis sangat time ni. Bayangkan perasaan yang sangat indah bila kita taw dalam badan kita ada satu nyawa lain. Subhanallah. 


Apa Nak Buat Dengan Buku Pink Tu?

Ok ibu-ibu, buku pink tu korang kena simpan bebaik taw. Setiap kali checkup kena bawak. Sebab kat situ lah semua rekod kesihatan ibu dan anak akan direkodkan. Macam berat Ibu, panjang anak, keputusan ujian darah, keputusan ujian air kencing, risiko ibu hamil, ulasan nurse, ulasan doktor dan macam-macam lagi. 

Kalau ikutkan, checkup akan diadakan setiap bulan. Maksudnya sebulan sekali. Tapi kalau korang ada masalah macam HB rendah, diebetis gestasi (kencing manis ketika hamil), darah tinggi. Checkup akan jadi 2 minggu sekali. Letih kan! Hihi.

Kalau boleh, korang nak pergi travel jauh-jauh pun bawak lah buku tu. Supaya kalau ada apa-apa terjadi, korang boleh refer ke klinik/hospital berdekatan dengan buku pink tu. 


Pinjam lagi. Comelnya mata!



Kenapa Pilih Checkup Di Klinik Kerajaan

Kadang-kadang, ada orang suka pandang rendah checkup kat klinik kerajaan. Entah kenapa. Bagi Zahida, checkup kat Klinik kerajaan sangat detail. Orang selalu komplen cakap nurse di Klinik Kerajaan garang lah, suka marah-marah lah. Itu lah inilah. Biasa lah tu. Cuba bayangkan dalam sehari berapa ratus orang dia nak kena entertain dengan peel yang berbagai. Tapi setakat ni semua nurse di Klinik Kesihatan Taiping ni, tak pernah marah-marah, buat muka dan sebagainya. Semua baik dan murah dengan senyuman. Cakap pun lembut saje. Nasihat memang banyak dorang bagi. Kalau nak ikutkan marah dorang tu, Zahida ni patut tiap kali checkup kena marah sebab sebelom mengandung berat dh terlebih. Muahaha. 

Cumanya, di klinik kerajaan ni. Korang cuma dapat scan 2D baby dalam 3-4 kali saja sepanjang 9 bulan tu. Sebab bukan setiap kali checkup doktor akan scan baby. Doktor cuma akan scan pada kali pertama kita buat buku pink, pada minggu ke 18 dan minggu ke 28. Kalau nak selalu tengok baby boleh lah scan di klinik swasta. Buat 4d scan kan. Hikhik. Tapi, setiap kali checkup, nurse akan monitor heartbeat baby. Jadi kita boleh dengar degupan jantung baby dalam perut guna doppler tu. Heartbeat normal untuk baby adalah dalam range 140-160. Bila dengar degupan jantung dia kan, rasa macam awwwwww jatuh cinta. Hehehe


Ubat Apa Yang Klinik Akan Bekalkan

Biasanya, bila pergi klinik kerajaan, farmasi akan bekalkan ibu mengandung dengan ubat yang perlu. Macam Zahida, dapat ubat biasa. Acid Folic, B Complex, Vitamin C dan Iron Tablet. Ubat ni makan lah kalau boleh. Jangan skip-skip. Acid Folic, B Complex dan Vitamin C paling sesuai dimakan selepas makan. Lebih elok makan dengan jus sebab ubat senang serap dengan Vitamin C. Kalau takde jus makan je dengan air mineral. Jangan makan ubat dengan susu. Tu pesan nurse. Untuk Iron tablet, makan 1-2 jam sebelom makan. Untuk penyerapan penuh.

Zahida haritu kan, tak makan Iron Tablet tu, lepas tu checkup 6 bulan HB drop dari 12.3 jadi 10. Cuak iols. Terus nurse naikkan dosage. Zahida tak suka makan Iron Tablet tu sebab dia ada side effect lepas makan. Najis kita jadi kaler hitam kalau makan tu. So, takut nak makan. Tapi sebab dah cuak HB drop, Zahida pun makan lah. Disamping makan makanan lain yg tinggin zat besi jugak.


Ok, insyaAllah lepasni nak share makanan apa yang boleh naikkan HB. Sebab Zahida pun tengah mencuba makan ni. Next week checkup baru lah boleh tengok HB naik ke tidak. Enjoy your pregnancy Mommyss.  :)

8 comments:

  1. wowo..bnyaknye tips..pening nk ingat!. haha

    ReplyDelete
  2. thanks for info....

    ReplyDelete
  3. Tɧąŋƙ ყơų bnyk2 utk informasinya.. Sgt berguna

    ReplyDelete
  4. salam..best kn pregnant..alhmdulillah bru je lps buat upt..+ve..happy ssgt

    ReplyDelete
  5. Thank you for the sharing!

    ReplyDelete
  6. Byk tips... 😊 waima yg ni ank ke 2..bce sbb nk tau brape mggu elok utk bt kad pink colour tu.... sbb sblm n preggy kna p ulang alik klinik kdg2 smggu skali.so,sbb tu mlas bt awl. Skrg da 12 mggu blum bt lg...😅 nk share tips skit.. bg yg hb rendah. Blh amalkan minum k colly,kawai or aurawhite yg ssuai tuk preggy mom k. Insya Allah... akn naikkan hb,,kurangkn morning sicknes n brikan tenaga. 😊😊

    ReplyDelete
  7. Byk tips... 😊 waima yg ni ank ke 2..bce sbb nk tau brape mggu elok utk bt kad pink colour tu.... sbb sblm n preggy kna p ulang alik klinik kdg2 smggu skali.so,sbb tu mlas bt awl. Skrg da 12 mggu blum bt lg...😅 nk share tips skit.. bg yg hb rendah. Blh amalkan minum k colly,kawai or aurawhite yg ssuai tuk preggy mom k. Insya Allah... akn naikkan hb,,kurangkn morning sicknes n brikan tenaga. 😊😊

    ReplyDelete