Assalamualaikum.
Uish lama blog ni terbiar sahaja sejak ada anak ni. Busy melayan anak. Anak pulak berkepit 24 jam. Selagi tak menyusu taknak tidur tu gigih melawan mata. Hihi. Tapi takpe. Bonding Ummi dan Anak. Bukan selalu dia kecik ni. Nak nikmati puas-puas.
Ni nak share sikit kat ibu-ibu sikit. Pasal amalan waktu Zahida mengandungkan Zaim. Amalan yang merangkumi amalan untuk rohani dan jasmani. Haha memandai je sampai rohani dan jasmani bagai. Tapi ini amalan yang elok lah untuk di ikuti memandangkan kita pun tengah mengandungkan satu lagi nyawa dalam rahim kan. Mesti lah kita berdoa dan berharap anak itu nanti sihat, sempurna dan mempunyai akhlak yang baik insyaAllah.
Ni antara amalan permakanan yang Zahida amalkan time pregnant haritu. Amalkan permakanan sunnah. InsyaAllah baik untuk Ibu dan bayi dalam kandungan.
Razeeq Zaim - 4 Months |
- Extra virgin olive oil - EVOO (first cold pressed)
- Sejujurnya, Zahida mmg amalkan makan sesudu EVOO ni sejak zaman tak kahwin lagi. Dan bila amalkan ni, boleh nampak perubahan pada kulit. Okay ni cara nak makan dia, Lepas bangun pagi, minum segelas air putih, lepastu tuang sesudu EVOO ni kat sudu plastik ye. Mohon jangan guna sudu besi. Lepas tu telan. Rasa dia memang diakui tak sedap. Tapi alah bisa tegal biasa gittew. Phui.
- Pati Delima Gulsan
- Lepas makan EVOO, sediakan segelas air, tuang sesudu pati delima dalam air putih. Minum.
- Madu Tualang
- Tuang sesudu madu ni kat sudu plastik dan campur dengan sedikit air. Emm dap dap. Kalau nak terus makan madu ni pun boleh. Tapi likat dan manis sikit. Husband suka terus makan je. Untuk kesihatan dalaman elok ni makan madu pagi-pagi.
- Kurma
- Makan macam snack je. Tapi salu lupa. Kihkihkih. Bila dah masuk 3rd trimester baru makan secara konsisten sebab nak tenaga. Penat woh bawak perot kehulu hilir. Hiks. Time Zahida dah start contraction, Zahida memang makan banyak sangat kurma. Sebagai persediaan menghadapi active labor. Nak breath out baby seriously perlukan tenaga. Kat labor room takleh makan. So makan pepuas kurma ni kat rumah sebelom pergi hospital.
- Acid Folic
- Acid folic ni, Zahida dah start makan 2 bulan sebelum kahwin. Sebab dia elok untuk mengelakkan spina-bifida pada bayi. Dia jugak untuk menguatkan tulang belakang bayi ye. Rumors cakap Acid folik elok untuk kesuburan rahim itu sangat lah mitos.
- Susu Kambing (Hi-goat)
- Setiap pagi jugak Zahida amalkan minum segelas Susu Hi-goat ni. Elok untuk ibu dan elok untuk bayi berbanding kita minum susu anmum ke, enfamama ke. Ini lagi elok. Sumber kalsium juga. Dan yang penting, susu ni tak manis. Cuba korang beli susu kat pasaraya, confirm manis. Sangat tak elok.
- Air Zam Zam
- Ni sejujurnya, jarang sangat amalkan sebab susah nak cari. Last minute dapat mak mertua bagi. So minum waktu dalam contraction. Doa time tu supaya bayi senang lahir dan dipermudahkan. Alhamdulillah, pegi hospital dah 7cm dilated dan 2 jam lepastu bersalin dengan selamat dan mudah. :P
Razeeq Zaim - 4 Months - 7.4kg - 66cm |
Untuk amalan lain yang Zahida amalkan, Bak kata orang untuk bagi anak berakhlak baik sebab dia kan dengar dan rasa apa yang ibu dia buat kan. So ini amalan yang Zahida amalkan.
- Khatam 30 Juz Al-Quran
- Disebabkan Zahida seorang suri rumah setakat ni, jadi ada banyak masa terluang. Bagi Zahida, lebih elok habiskan 30 juzuk Al-Quran lepastu baru fokus pada surah amalan. Alhamdulillah, 9 bulan mengandung, Zahida berjaya habiskan 30 Juzuk Al-Quran ni dalam masa 7 bulan. Dan selebihnya 2 bulan tu, Zahida baca surah amalan bergilir-gilir.
- Jadual Zahida baca biasanya Lepas Zohor setiap hari. Lepas Magreb pula baca dengan suami. Untuk check tajwid. Tapi buat lah apa yang termampu. Kalau tak mampu khatamkan, baca surah amalan pun memadai. InsyaAllah.
- Baca Surah Amalan
- Antara surah amalan, Al-Imran, Luqman, Maryam, Yusuff dan Taubah
- Berakhlak baik
- Ok ni paling penting. Time mengandung, Zahida memang elak sangat dari menjadi pemarah. Elak cakap benda bukan-bukan. Berbuat baik dengan suami. Emm semua akhlak baik lah kita patut buat supaya anak kita tu nanti insyaAllah penyayang orangnya.
- Solat sunat
- Waktu pregnant, Zahida kerap juga buat solat Taubat dan solat hajat. Solat dhuha je tak kerap. Hihi :D
Itu jelah kot. Harap membantu bakal-bakal ibu kat luar ye. InsyaAllah. Semua ibu mesti nak yang terbaik untuk anak. Untuk mendapat yang terbaik, ibu-ibu pun kena lah buat yang terbaik. Doa-Usaha-Tawakal. Allah segala-Nya. Semoga Allah jadikan anak kita seperti mana yang kita kehendaki.
No comments:
Post a Comment