Assalamualaikum.
Harini nak review sikit pasal Boba Wrap. Boba Wrap ni hadiah dari kakak sempena Zahida dapat baby. Ceh yang sebenarnya, kittew paww dia suh belikan. Sebab apa beli Boba Wrap ni. Sebab Zaim belom boleh masuk dalam Soft Structured Carrier (SSC) lagi. SSC sesuai untuk bayi yang 4 bulan ke atas kalau nak diikutkan untuk mengekalkan bentuk 'C' tulang belakang dia. Tapi kalau dah terbeli, masukkan je baby dalam tu, tapi jangan lah lupa guna infant insert. Tapi not recomended la
Boba Wrap ni material dia stretchy Dia boleh support baby sampai yang berat dalam lebih kurang 15kg. Tapi, seeloknya pakai sampai berat baby 8kg ok lah kot sebab kalau berat sangat dia jadi saggy. Kiranya kalau 8-9kg tu just nice la kot.
Cara Ikat Boba Wrap |
Time beli Boba Wrap ni harga dia RM151.20. Tengah sale kalau tak harga dia RM168. Untuk orang yang rasa nak guna dalam jangka masa panjang sampai anak dah besar dan nak berjimat taknak beli banyak-banyak jenis babywear. Zahida tak suggest la beli ni. Better beli Woven Wrap sebab material Woven bukan stretchy so boleh guna sampai anak besar. Harganya pulak dalam lingkungan RM250 keatas bergantung pada material. Lebih kurang lah konsepnya macam orang dulu-dulu kendong anak guna kain batik lepas kan. Gittew.
Semalam first time bawak Zaim keluar berjalan dengan Auntie Syazana. Papa dia kerja. Memandangkan Zaim pun badannya dah kus semangat. Zahida decide nak rasmikan Boba Wrap tu. Balut siap-siap kat rumah. Dah sampai AEON tinggal nak masukkan Zaim je dalam tu.
** Jangan guna baby carrier dalam kereta. Bahaya taw. Kalau excident, tak pasal-pasal baby tu plak jadi airbag kita kan.
Ok, bila Zahida masukkan je Zaim dalam tu. Dia tidur lena gila! maybe sebab dia rasa badan dia di hold dengan rapat dan dapat dengar denyutan jantung Ummi dia kot. Berjam-jam gak dia tidur dalam tu. Sempat lah ummi dia melantak makan Manhattan. Kihkihkih.
Gambar kanan, lap mulut sikit, comot :D |
Kita jugak boleh menyusukan anak dalam Boba Wrap ni, tapi Zahida tak pernah try lah pulak. Tak sabar nak pakai lagi. Hihi. Lepas ni Zaim dah 4 bulan, plan nak beli Ergo pulak. Ada masa untuk kumpul duit lagi. Sape yang berminat nak beli boleh lah ke web onebabyworld, mamapanda atau fabulous mom ye. Sekarang tengah sale. Best taw berbaby wearing ni. Sebab baby sentiasa dekat kat kita dan kita boleh shopping tanpa gangguan. Hihi.
Happy babywearing Mommies
No comments:
Post a Comment