Saturday, January 18, 2014

Wedding Review 2: Bersanding

Assalamualaikum.
Haaa jom nak cerita pasal majlis bersanding pulak ni. Kot-kot boleh dijadikan rujukan (rujukan lah sangat) untuk bakal-bakal pengantin ke kan. Sebelom bersanding ni kan, perasaan macam.. Eeeeee takutnye malunya nanti semua orang akan pandang kat kita je. Sampai letih rahang asyik senyum. Tapi percayalah. Sebenarnya, masa kita bersanding tu nanti, kejap je rasa masa berjalan. Tau-tau dah petang. Dah habis majlis. Yeayy boleh bermesra dengan Hasben. Ok nampak sangat gatal. Haha. Jom baca review Zahida pasal bersanding haritu :)
Dewan 
Kompleks Japerun DUN Gadek, Tanjung Rimau
View dewan dari depan pintu utama
Majlis bersanding diadakan di Melaka. Tak buat kat rumah, buat kat Dewan Kompleks Japerun Dun Gadek, Tanjung Rimau. Hazabedah nama dewan. Tak famous langsung. Ehhh. Dewan ni bila dh hias-hias letak meja semua nampak lah okay jugak. Untuk orang-orang Tampin/Alor Gajah yang berminat nak sewa dewan ni, dewan ni murah je tapiii takde aircond. Dan jangan expect dewan ni lebih-lebih ya. Sebab apa Zahida cakap macam tu, sebab dewan ni takda stage, kipas besar nye pulak macam tak pernah berservis kemaen berhabuk tak bleh blah, toilet bahagian dalam dewan pula tersumbat on that day. Sewa dewan ni kalau tak silap Zahida RM400 ke RM500 cenggitu. Dewan ni dekat je dengan Air Panas Gadek, tapi lokasi dewan ni atas bukit sikit, so kalau orang tak tau memang tak perasan dewan ni. 
Overall view Dewan
Dewan ni boleh memuatkan lebih kurang 30 buah meja dengan satu meja 7 buah kerusi. Kerusi dan meja ni memang dewan punya. Tapi untuk lapik meja dan lapi kerusi, tu kami sewa dari pihak kanopi. 
Pelamin
Suka pelamin ni sebab dia main dengan banyak kain. Gittew
Untuk Pelamin, mekap, baju bersanding, aksesori, kek, pintu gerbang, red carpet dan photographer. Semuanya Zahida ambik dari orang yang sama iaitu Misha Andaman Gemas. Disebabkan dewan ni takda stage macam dewan-dewan biasa, maka group Mak Andam ni terpaksa lah letak pelamin atas lantai sahaja. Tapi walaupun atas lantai, iols suka jugak sebab pelamin dia canteeek. Ceh perasan. Tapi di mata Zahida, pelamin tu memang cantik. Menepati citarasa. 
Baju Bersanding
Untuk baju bersanding, Zahida memang request untuk buat baru sebab Zahida kan badan comel gittew. Nak pakai baju ready-made macam tak ada yang muat je. Jadi request je untuk buat baru sebab Butik Andaman tu tak cas mahal pun untuk satu baju. So, Zahida request color Teal Green, siap bagi kain perca lagi okeh suruh dia beli kain yang kaler sebijik cenggitu. Over sangat. Hihi. Untuk baju ni, Zahida memang serahkan semua dekat Mak Andam dari design sampai lah siap. 
Gambar tak official :)
Btw, tudung yang Zahida pakai untuk baju bersanding ni bukan datang sekali dengan baju. Maksudnya tudung tu Zahida cari sendiri. Kebetulan ada kawan yang amik tempahan menjahit tudung, Zahida tempah je kat dia. Yang Zahida pakai ni halfmoon. Kat halfmoon ni ada simple beads dan lace. Ini facebook dia kalau ada yang berminat nak buat tudung custom made. Zarrah Concept. Dia bukan sahaja ambil tempahan buat tudung, dia juga ambil tempahan jahit manik untuk baju dan tudung, hiasan hantaran dan tempahan veil. 
Lepasni Zahida review untuk majlis bertandang pulak ye. Thanks :)

No comments:

Post a Comment