Assalamualaikum.
|
I Miss You Pulau Redang |
Pekasam okeh blog ni. Pulau Redang ni pun dah cukup pekasam. Haha. Tapi Pulau Redang ni mampu buat aku angau, sampai dah balik Klang pun, masih terbayang-bayang, terdengar bunyi deru ombak. Angau sangat. Pulau Redang ni aku pergi sebelum puasa lagi. Dari 5-7 July 2013 (Jumaat-Ahad). Trip ni yang pergi aku & tunang, Nadiah & tunang, Kak Sarah & bestfriend dia, Kak Yati.
Kitorang pergi naik bas sahajo. Aku suggestkan untuk orang yang nak pergi. Naiklah bas SP Bumi. Bas ni selesa sikit. Kitorang gerak hari Khamis malam dari Klang Sentral. Bus pukul 10.30 malam. Dan sampai di Terengganu dalam pukul 4.30 pagi. Sampai-sampai melepek kat bus stand Kuala Terengganu. Nasib baiklah Kak Yati memang asal Terengganu, jadi sementara tunggu Pagi untuk naik boat ke Pulau Redang, kitorang tumpang Rumah Kak Yati.
|
Perhentian Bas Kuala Terengganu |
Dah pagi! Kitorang pun bersemangat nak pergi ke jetty. Untuk pergi Pulau Redang, kita akan naik boat di Jetty SyahBandar. Jetty ni bersebelahan sahaja dengan Pasar Payang. Jadi sementara tunggu boat sampai pukul 9, kita pergilah pekena Mee Perut/Nasi Dagang di Pasar Payang. Ayuhh.
|
Tunang. Depan Pasar Payang |
|
Jetty Syahbandar |
|
Ohmygod, cantiknya laut. Rinduuuuuuuu |
Perjalanan naik boat ni dalam lebih kurang 2 jam kalau tak silap. Dalam boat ni aku tidor je sebab dalam bas tak tidur. Tapi bila dah sampai Pulau Redang tu kan, hilang semua mengantuk tu. Ini Serius. Kebiruan air tu, putih pasir dia. Buat kita rasa teruja dan sakai sangat (tu aku je. Hiks)
Once kita sampai dekat sini, akan ada lah brother-brother naik tongkang (tongkang ke?) ni tunggu. Nanti dia jerit lah nama Resort yang kita duduk. Tugas dia amek beg kita je. Kita jalan kaki je dahlah.
Aku duduk Redang Lagoon Chalet. Sebab ni chalet yang paling murah. Dan aku baca review, makanan dia pun sedap-sedap. Untuk chalet ni, disebabkan aku pegi time weekdays dan bukan peak hour, dapat lah murah sikit. Kitorang amik 1 bilik Quad Sharing untuk empat orang. Sorang RM300. Dan 1 bilik lagi Twin Sharing untuk dua orang. Yang tu RM325 sorang. Bilik dia boleh lah untuk buat tido. Dah kau pergi Pulau, apa kau expect. Hihi. Tapi, makanan dia memang terbaik. Makanan Melayu, sesuai lah dengan tekak aku.
|
Nadiah dan Tunang, Kamil |
|
Ini depan chalet, time ni baru sampai. Kak Sarah dan Kak Yati |
Pakej chalet ni jugak termasuk dengan pakej snorkeling. 3 kali snorkeling trip. 1 trip di Marine Park, 1 trip di laut dalam, 1 trip lagi depan chalet je. Pasal snorkeling ni aku cerita dalam next post lah ye.
|
Lepak santai petang |
|
Chalet ni sediakan BBQ jugak. Tapi terhad la makanan dia.
Takdelah macam seoul garden. Hihi |
|
Sekian pos pekasam dari Pulau Redang |
Ini pengalaman pertama aku pegi Pulau. Pulau Redang ni memang cantik. Nyaman, tenang. Pasir dia putih. Laut dia biru, hijau. Kalau pergi honeymoon kat sini, memang best. Tapi cariklah resort yang senonoh sikit. Percutian bajet kitorang ni menelan belanje dalam RM450 sahaja untuk seorang termasuk tiket bas pergi balik dan makan minum. Puas hati sangat.
Lepas ni aku akan update tentang snorkeling pulak. Aku dah la tak tau berenang. Muehehehehe:D
No comments:
Post a Comment