Thursday, June 6, 2013

Andaman Pengantin dan Dewan

Assalamualaikum

Oi lagi 7 bulan. Bila fikir dari segi kewangan. Rasa 7 bulan tu singkat gila ok. Tapi bila fikir dari segi nak menjadi halal kepada tunang, rasa 7 bulan tu bapak lah lama! Grr. Kejam kan masa.

Apa update setakat ni? setakat ni. Baru je lepas booking dewan untuk majlis bersanding aku nanti. Dan juga, baru lepas booking pakej pengantin untuk majlis sebelah perempuan dan lelaki. Honestly, bila dah bayar deposit aku jadi cuak. Nauzubillah. Harap-harap semuanya berjalan lancar.

Kita cerita berkenaan harga untuk pakej pengantin aku ye. Harga yang dia letak berbaloi untuk aku. Sebab dia cover kedua-dua majlis. Harga nya RM 3650 untuk sebelah perempuan dan RM1350 untuk sebelah lelaki. Combine semua genap RM 5k. Pheww. Aku listkan ea apa yang dia cover.

  • Mekap 3x (Nikah, Sanding, Bertandang)
  • Photography (Nikah, Sanding, Bertandang, Outdoor)
  • Pelamin Dewan 3 Panel
  • Baju Sanding, Baju Potong Kek (Baju baru). Baju nikah reused untuk majlis bertandang
  • Hiasan Meja Makan (16pax)
  • Walkway & Red Carpet
  • Bantal Nikah
  • Free Kek 2 tingkat

Majlis bertandang nanti aku guna balik baju nikah je. Aku memang saving. Hewhew. Aku guna balik baju nikah sebab sebelah lelaki bukan ada bersanding pun. Makan je. Dengan outdoor photoshot. Tak perlu kot membazir, kita kahwin ikut bajet. Mesti ramai cakap, kahwin seumur hidup sekali pun nak berkira ke? Yes memang berkira. Kita ukur baju di badan sendiri lah kan. :)

Tentang Dewan pulak. Mak dah booked kan dah Dewan Japerun Gadek. Dewan tu serba sederhana je. Takde aircond. Kipas sahaja. Harga dewan tu pun dah diturunkan dari RM600 ke RM400. Sebab DUN Gadek menang pilihanraya. Haha. Alhamdulillah setakat ni.

Bulan 7 ni aku dan Ewan akan balik Tampin untuk decide theme color and so on. InsyaAllah. May Allah ease everythingsss

4 comments:

  1. 7 bulan tu kalau dengar mcm lama,, tapi sebenarnya sekejap je.. majlis belah fiqa pon lgi 7 bulan, tapi mama fiqa dh prepare sikit2.. huhu

    ReplyDelete
  2. @princess Feyqa majlis bile? bulan 1 jugak ye?

    ReplyDelete
  3. Awk ambik kt butik mane pakej nie?

    ReplyDelete
  4. @anon, kat area tampin. dekat area bsn lame

    ReplyDelete