Friday, December 20, 2013

Prosedur Nikah Dari Mula Hingga Akhir

Assalamualaikum.

Bermula dari entry ini, saya akan mula membahasakan diri sebagai Zahida. Lebih sopan gitew. Dah nak kahwin haruslah bersopan. Hiks

Menyelesaikan prosedur nikah ni adalah salah satu proses yang sukar untuk Zahida dan tunang. Sepanjang proses ini pada awalnya, Zahida rasa macam geram, stress bercampur aduk. Nak nikah punyalah susah. Gitew. Dan sampai ke harini pun, borang tu masih tak dapat di tangan imam/kadi ya. Belum hantar lagi sebab belum dapat balik Melaka. Lagi pula, imam nak jumpa Zahida dan tunang. Mungkin untuk bagi sedikit tazkirah sebelum proses pernikahan itu sendiri. Proses bermula dari 90 hari sebelum pernikahan sehinggalah 23 hari sebelum pernikahan bakal dijalankan. Lama kan, stress! Tapi Alhamdulillah ianya selesai. 

SITUATION:

Zahida: Dilahirkan di Port Klang, menetap juga di Port Klang, IC jugak bernombor -10 yang menandakan lahir di Selangor. Tetapi, Zahida akan bernikah di Alor Gajah, Melaka. Jadi secara dasarnya, Zahida akan settle kan borang nikah under Negeri Selangor. Dan kemudian memohon untuk bernikah di Luar Negeri Selangor. If IC korang sama dengan tempat dimana korang isi borang, korang dah tak perlu untuk isi Borang Pengesahan Permastautinan tu okay :)

Tunang: Dilahirkan di Negeri sembilan. Membesar di Negeri Sembilan tetapi telah bermastautin dan bekerja selama 1 tahun di Taiping, Perak. Jadi, tunang Zahida akan mengisi borang nikah di bawah Negeri Perak. Jadi, korang yang bekerja jauh dari tempat lahir, tak payah lah sampai nak balik kampung untuk setelkan borang nikah ni. Ambil sahaja borang di mana korang bekerja, let say bekerja di Melaka, ambil sahaja borang di Melaka. Dan isi juga Borang Pengesahan Permastautinan yang boleh didapati bersama borang nikah tersebut.

RINGKASNYA:
Borang nikah Perempuan: Selangor (PAID Klang)
Borang nikah Lelaki: Perak 
Kebenaran Bernikah Luar Kawasan bagi Perempuan sebab bernikah di Melaka.

PROSEDUR NIKAH DARI A-Z

1) Hadiri Kursus Pra Perkahwinan
Kursus kahwin biasanya mengambil masa 2 hari. Dengan bayaran RM80. Kalau korang masih belajar, dekat kampus kan selalu ada buat kursus pra-perkahwinan ni. Join je. Tak rugi. Biasanya kat IPTA, harga kursus kahwin ni murah sikit. Bila dah pergi, jangan lupa untuk simpan sijil kursus tu okay.

2) HIV Test
HIV test hanya boleh dibuat di Klinik Kesihatan Kerajaan sahaja. Result HIV ni hanya valid untuk 6 bulan sahaja. Zahida galakkan korang buat awal HIV Test ni. Zahida buat HIV Test ni di Klinik Kesihatan Pandamaran. Di kebanyakan Klinik di Negeri Selangor, HIV test hanya dibuat pada hari Isnin-Khamis sahaja dari jam 2pm-4pm. Dah namanya klinik kerajaan kan, bersedialah dengan orang yang ramai. Zahida juga galakkan untuk call dulu klinik kesihatan untuk buat appointment atau tanya something pada diorang untuk meyakinkan anda. Macam Zahida, mulanya nak buat HIV test di Klinik Kesihatan Pelabuhan Klang, tapi tak boleh sebab diorang cakap, dia mengutamakan orang di kawasan Pelabuhan Klang. So, dia suruh pergi Klinik Kesihatan Pandamaran memandangkan rumah berada di mukim Pandamaran.

3) Lelaki Mula Settlekan Borang Kebenaran Berkahwin
Tunang Zahida lahir dan membesar di Negeri Sembilan tetapi bekerja dan bermastautin di Taiping, Perak. Jadi dia akan isi borang nikah di Perak. Borang yang dia kena isi ialah Borang Pengesahan bermastautin since IC dia Negeri Sembilan kan. Untuk borang pengesahan bermastautin ni, lepas dah siap isi, bawak pergi jumpa penghulu kampung. Dia akan cop dan sahkan. Dokumen yang diperlukan hanyalah salinan IC tunang Zahida sahaja.

Selepas dah setel borang bermastautin, isi lah pulak borang kebenaran bernikah tu. Sertakan sekali dengan dokumen sokong (IC Lelaki, IC bakal Isteri, surat akuan bujang dari majikan, HIV Test, Sijil kursus kahwin asal dan salinan) dan submit kepada pejabat agama untuk dapatkan pengesahan dan sokongan pendaftar.

Lepas dah setel semua, barulah Tunang serahkan semua dokumen kepada Zahida untuk Zahida plak mulakan prosess.

4) Perempuan Mula Settlekan Borang Kebenaran Berkahwin
Lepas dah dapat dokumen yang dah siap dari Tunang, Zahida mulakan isi borang. Since IC Zahida Selangor kan, so tak payah isi borang pengesahan bermastautin. Terus proceed sahaja dengan borang kebenaran bernikah. Jangan lupa sertakan sekali dokumen sokongan (IC Perempuan, IC Wali, IC 2 orang saksi, HIV Test, Sijil Kursus Kahwin Asal dan Salinan, Sijil nikah ibu bapa). Untuk Selangor, sijil nikah ibu bapa adalah dokumen wajib ada ya. Take Note!

Berkenaan saksi borang bagi borang kebenaran bernikah, Zahida kena bawak Wali dan kedua saksi berjumpa dengan imam untuk sign borang kebenaran tu. Borang tu tak valid kalau kita sign bukan depan imam melainkan imam tu boleh kawtim. Take note juga yang ni!

Lepas dah dapat tandatangan imam, combinekan dokumen perempuan dan lelaki dan proceed untuk bawak ke Pejabat Agama Islam Daerah. Tunggu proses selesai dan buat bayarn RM10 untuk kebenaran bernikah luar negeri Selangor.

5) Bawa Semua Dokumen Ke Pejabat Agama Tempat Bernikah
In my case, Zahida nikah kat Alor Gajah. Jadi semua dokumen lelaki perempuan yang telah lengkap beserta Borang Kebenaran Bernikah Luar Selangor hendaklah dibawa ke Pejabat Agama Daerah Alor Gajah. Di sini, Zahida kene isi pulak Borang Pengesahan Bermastautin dan Borang Kebenaran Bernikah Bagi Negeri Melaka. Leceh kan? Dokumen yang perlu ada sebagai sokongan adalah IC Zahida, IC Wali dan IC pasangan.

Lepas dah lengkap dan dapatkan tandatangan Imam, Zahida kena submit semula dokumen tu kepejabat agama untuk tunggu pengesahan dari Pendaftar.

6) Siap Dan Nikah
Dah dapat borang dari PAID Alor Gajah, kira dah setel lah tu. Tinggal nak pergi hantar pada Kadi dan inform segala maklumat macam tarikh dan tempat nikah kat kadi tu. Alhamdulillah

Bagi Zahida, kalau semua prosedur ni diselaraskan di setiap negeri, itu lebih baik.

Take note ye semua. Bernikah luar kawasan ni agak leceh jugak prosedur dia. Harap bersabar lah dengan semua benda. Harap semua ini boleh menjadi rujukan untuk korang :)

53 comments:

  1. mksudnya..kalau sy lahir kt kelantan tp tggal kt perak n nk nikah kt perak, sy kne blk klantan jgkla utk stlekn??

    ReplyDelete
  2. @Anon

    No no. Kalau awak lahir kat Kelantan tapi dah duduk perak n menetap kat Perak. Awak just settlekan sume kt Perak je sbb awak dh kira bermastautin kt Perak.

    Macam kes saya, saya lahir kt Selangor, tinggal kat Selangor TAPI nikah kt Melaka :)

    ReplyDelete
  3. salinan borang nikah ade bg kt lelaki balik pas da setel blah pmpuan?ke salinan yang sebelum tuh je?

    ReplyDelete
  4. hiv test lelaki negeri selangor diterima x utk bernikah di perak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anon, itu sy tak sure lah sbb kalau tak silap Pejabat agama perak ada kuarkan borang HIV gak. sepatutnya amik borang tu kt Pejabat agama dulu dan bawak p HIV test. Untuk kepastian cuba call Pejabat agama atau mana-mana klinik di perak.

      Delete
  5. Salam, kalau utk HIV test boleh terus pegi ke KK (slps buat appoinment) atau kena dptkan dulu apa2 borang kat pejabat agama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anon, kalau untuk negeri selangor, lepas buat appointment dengan klinik, boleh terus p klinik je. Borang HIV klinik akan bagi.

      Delete
  6. Kalau sy ic KL same dgn psangn, tp alamat ic sy d selangor, so sy perlu dftar d selangor atau KL?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anon,

      ikut tempat yang sama mcm alamat IC lagi senang. Sebab nanti takyah isi borang mastautin bagai.

      Delete
  7. IC Dan tempat tinggal di selangor..tetapi akn bernikah diperak..sy de beberapa soalan nk tanya
    Dokumen sokongan sekiranya bernikah diluar negeri 2 apa die ye?
    Perlu x kita fotostat sume borang2 lelaki sebelum jumpa Jurunikah

    ReplyDelete
  8. Nk tanye..kenapa ye kena isi borang bermaustatin di melaka sedangkan awak bermaustatin di selangor?if sy nk bernikah di perak..sy perlu isi borang kebenaran di perak?perlu x saya telefon jbtn agama perak terlebih dahulu sebelum sy ke sn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Roszilawati Abdul Razak

      Macam saya pun IC dan menetap diselangor. Kena isi borang bermastautin Melaka sebab saya nikah kat Melaka. Kiranya kat sini, saya kena completekan 2 borang nikah taw sebenarnya. Mula-mula isi borang kebenaran negeri Selangor, lepas dh setel Selangor, bawak semua borang lelaki+perempuan yang dh complete ke negeri kita nak bernikah tu. Dan isi borang negeri tu pulak. Rumit sikit.. Sebab tu saya setelkan awal-awal haritu.

      Saya rasa untuk pengesahan awak boleh call pejabat agama Perak.

      Delete
    2. untuk memudahkan urusan awak, saya rasa awak better terus isi borang kebenaran bernikah Negeri Perak sahaja. Jadi maknanya, kalau awak dah isi under Negeri Perak, awak kena isi borang bermastautin kt sana lah. Lebih senang sebab awak tak perlu nak isi borang under negeri Selangor lagi. Itu apa yang sy boleh suggest la.

      Delete
  9. leceh kan? sy rsa da nk give up da.. T_T byk sgt prosedur.. tmbh lg sy pkai wali hakim lg la byk.. kna turun naik mahkamah slalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo yeke. sabar ek. nnti dh setel sume insyaAllah lega :)

      Delete
  10. tensenla.sma ngn sy jg..nk kahwn pn byk proses

    ReplyDelete
  11. Sy pun sama... stress.. mcm2 la perassan nk settlekan bab kawen ni.. sgt merumitkan... smpai migrain d buatnya... Tunang org sabah, keje kat selangor. sy pulak org n9. Sib baik family adik ipar ade keje pej agama. dieorg suggest tunang sy tu guna alamat mastautin kat n9. Sib baik ketua kg ok... kalo x huru hara.. dh confirmkan ngn jais.. dieorg kata boleh... yg penting ketua kg ok dan boleh buat mana lg yg mudah... borang2 tu dh settle... tinggal sy nk compilekan dengan doc je... tadi pun baru je buat hiv test kat batu 14 puchong. lega dh rasanya...

    ReplyDelete
  12. Salam nak tanya saya dan pasangan dari taiping perak.sekarang kami bekerja di selangor,kami akan nikah di taiping,adakah boleh isi borang kelengkapan di selangor?atau dapatkan borang permaustautin.kene ulang alik ke taiping.confius

    ReplyDelete
  13. Awak lelaki kan, kalau ye, sy suggest awak setelkan semua kt selangor je. Dan tunang awak olak better balik taiping or mintak sesape kt sane uruskan. Sbb kalau dia isi borang slangor, dia still kene isi borang perak jugak untuk kebenaran bernikah disana, jadi kalau tunang awak isi borang perak terus lagi mudah

    ReplyDelete
  14. Slm sis...sy perak tunang n.9 tp kami berdua keje di selangor so perlu dptkan kebenaran dr negeri msing2 ke atau permohonan nikah di selangor so kna mohon di slangor kan...

    ReplyDelete
  15. Salam...kalau tunang sy alamat ic n bekerja di kl...so die boleh ambil borang kahwin dr pejabat agama kl or still kena perak?

    ReplyDelete
  16. ic saya kedah..tp alamat selangor..nk nikah di kedah..tunang saya perak..keje di penang..so borang sy sy tu mcm ne..kene mntak borng kebenaran nikah krdah ke??

    ReplyDelete
  17. Mana nak dapat borang borang tu semua? And at least berapa lama nak kena start prepare?

    ReplyDelete
    Replies
    1. borang kahwin valid dalam tempoh 3 bulan. so selesaikan dlm tempoh tu

      Delete
  18. Saya lahir di sabah... tapi study kat perak... boleh x sya nikah kat perak je? sbb bkal suami sya org sabah juga... tp dia tgah study kat selangor... And kalo, mualaf perlu mnta tandatangan ayah juga ke?

    ReplyDelete
  19. Salam.sya nk tnya sikit.jka sya ni org ngri smbkn mnetap di ngr smbln.nk kwen dln daerah bkn dareh tmpt lahir sya, tp ttap dln ngr sembiln jga.pe yg ptot sya wt ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @gemok bulat

      kalau mcm tu senang sikit prosedurnye. memule amek borang kt pejabat agama mane2 dlm negeri semilan. pastu p hiv test n setelkan borang tu. make sure sebelah lelaki settlekan dulu borang dia. then dia pass kat awak, baru awak bleh stat fill up ur form pulak :)

      Delete
  20. Assalam saya Zahirah. Stay di damansara pjSelangor. Akn bernikah di Johor, jadi ape prosuder yg harus saya lakukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk senang, isi form nikah negeri johor. boleh kalau awak nak isi form selangor tp leceh nnti. sbb form johor pun awak nk kene isi. so better isi form johor je

      Delete
  21. As salam.. Sy nk tya.. Sy ambik borang nikah kat pej.agama negeri perak pd 8.12.14.. Dan dicop tarikh 8.12.14 pada borang tersebut... Tapi sy bakal nikah pada 14.3.15.. Adakah nie dah melebihi tempoh 3bln..

    ReplyDelete
  22. Salam.. sy nk tya.. mcm situasi sy.. sy bekrja di lahad datu.. tp ic sy beralamat di kajang.. jd sy perlu isi borang bernikah di lhd datu atau di kajang? Sama jg dgn tunang sy.. die kerja di lhd datu tp ic nye alamat sarawak.. borang apa yg perlu kami isi ye?

    ReplyDelete
  23. Salam Sis,
    Kalau saya nak kahwin dengan org luar negara mcm mana pulak ye?

    ReplyDelete
  24. Salam ,nak tnya.tunang saya owg perk nk nikah dekat slgor.pjbt agama ada bagi dokumnt lain x slain borg prmhonan kbnaran brkhawin.sbb tunag sya hnya bg borg prmhonan shja.

    ReplyDelete
  25. Salam ,nak tnya.tunang saya owg perk nk nikah dekat slgor.pjbt agama ada bagi dokumnt lain x slain borg prmhonan kbnaran brkhawin.sbb tunag sya hnya bg borg prmhonan shja.

    ReplyDelete
  26. Salam ,nak tnya.tunang saya owg perk nk nikah dekat slgor.pjbt agama ada bagi dokumnt lain x slain borg prmhonan kbnaran brkhawin.sbb tunag sya hnya bg borg prmhonan shja.

    ReplyDelete
  27. Salam
    Saya nak tnya . saya lahir di terengganu dan menetap di selangor untuk bekerja da setahun.
    Wali saya tinggal di selangor. adakah saya still kene balik ke terengganu untuk settle kan sya nya borang atau amik sahaj di selangor while tunang saya orang selangor

    ReplyDelete
  28. salam.. jika sijil kebenran nikah sudah lulus dan selesai.. pada siapa saya perlu serahkan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau awak dipihak lelaki, serahkan semua dokumen pada pihak perempuan. nnti pihak perempuan dh setelkan part dia. dia akan serahkan pada jurunikah

      Delete
  29. Salaam saya nk tnya mana nk dpt borang kebenaran berkahwin dari lelaki ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi amik dekat pejabat agama. ada negeri yang boleh isi online lepastu print

      Delete
  30. Assalamualaikum. Saya asal kedah dan tunang saya dari sarawak. Nak nikah n bersanding di selangor.. prosedur cmner ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. x perlu tukar almt ic. cume perlukn borang mastautin negeri selangor je. n

      Delete
  31. susah betul procedure nak kawin kat malaysia ni ye.. aritu kursus kawin rm120 seorang.. sye mampu utk org yg tak mampu camana la kan.. pastu documentation lagi.. sye nk kawin bulan june ni tapi masih lagi pening dgn procedure ni.. surat nikah ibu bapa mana la sye nak cari.. zmn jepun dulu mana la ade semua tu..

    ReplyDelete
  32. kes saya sama macam awk. dalam borang nikah suami awak tu, alamat awak, awk tulis alamat melaka atau alamat selangor

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum saye zahidahadi.......
    Sy nak tny...sy lahir kt jb...ic plak kl...n akan nikah kat kelantan..mcm mn yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laki ke pmpuan ye. skrg stay or bekeje kt area mane?

      Delete
  34. Thanks for the info :)

    ReplyDelete
  35. nk tnye.. Sye lahir n9 tpi alamat kl.. tunang org n9.. dan sye akan bernikah kat n9.. so terus isi borang nikah n9 je la ke lepas tunang settle borang semua?

    ReplyDelete
  36. Salam, sy baru umur 19. Hujung tahun ni nak nikah. Tapi borang tak settle lagi. Harap sis sudi bantu.

    Ic sy selangor. Tpi alamat perak. Sy tinggal kat Sabah. Study kat selangor. Banyak tempat kan T_T

    1. Jadi, sy nak settlekan borang bermastautin tu kat Selangor ke?

    2. Jika ayah sy di sabah, dan sy di selangor, ada cara mudah tak untuk ayah sy sign borang depan PPN?

    3. Masa nak sign borang tu, sy kena bawa sijil kursus kawin, salinan hiv test semua tu ke?

    Harap sis sudi balas. Dah pecah otak dah ni T_T
    Terima kasih..

    ReplyDelete
  37. Slm kak sy nak tnya,sy nk kshwin bulan 3,tp tak kursus lg,so klu kite nk kursus sempat tak...

    ReplyDelete