Thursday, February 13, 2014

Wedding Review 5: Doorgift

Assalamualaikum.

Nak senang cerita, door gift orang malas. Ngahahaha. Bukan lah malas sangat. Tapi sebab fikir, kitorang ni bermastautin dekat Klang. Tapi Zahida ni nak kawen dekat Melaka. Jadi cara paling mudah. Amik jelah doorgift yang senang. Dapat-dapat terus bagi kat orang je. Takyah pening nak fikir nak pack lagi stapler lagi. Gittew. 

Jadi kisahnya, door gift Majlis Bersanding haritu, Mak decide nak order dari Shawqi's Bakery. Ini adik beradik dengan Restu Rezeki. Cuma Shawqi's ni murah sikit le dari Restu Rezeki. Kihkihkih. Kilang dia dekat Jalan Kebun, Klang. Boleh rujuk website dia. Shawqis Bakery

Awal gila dorang sampai. Siap sesat sampai ke Hutan Percha, Gadek.
Berjalan katanya. Kakakaka

Untuk pengetahuan korang, sedap tau dia punya kek. Lembut dan tak kering. Macam moist-moist gitu. Macam Zahida haritu ambik Kek marble pecah 4 sekali dengan kotak. Dan cas penghantaran ke Melaka. Perisa kek semua boleh campur. Jadi total untuk Doorgift majlis bersanding ni;

Kek Marble Pecah 4 & Kotak : Sebiji RM 2.10 x 600 
Kos Penghantaran : RM 250
Total : RM 1510

Ni lah keknya. Jangan risau. Dijamin sedap
Kotak pun kita boleh campur. Maximum 3 kaler. 

Ni semua Mak sponsor. Zahida pejam mata je. Kuiuikuikui. Untuk yang risau takot kek berkulat lah, rosak lah. Jangan risau. Sebab diorang menjaga kualiti. Kek dia tahan sampai 10 hari. Dibuat di kilang sehari sebelom penghantaran. Macam Zahida, kenduri hari sabtu, hari khamis petang diorang hantar kek tu. Kita boleh request sama ada nak hantar sehari sebelum majlis atau dua hari sebelum majlis. 

Dan haritu Alhamdulillah, kek ni cukup-cukup je. Kek ni cuma diberi pada orang dewasa. Kanak-kanak Zahida bagi lolipop je. Lolipop tu pun cucuk-cucuk kat Gabus je. Budak-budak datang terus amek. Amek lah kau nak banyak mana pun dik. :)

Yang bagusnya, owner Shawqis ni haritu, siap bagi duet pulak kat Zahida. Siap dalam envelope tulis untuk pengantin. Haha. Nice. Kita bayar, lepastu dapat pulak duit tak salam tapi mengaut. Eh sesuka hati aku je bubuh nama! : D

Ok siapa nak tau lebih lanjut, nak tengok product dia ke. Boleh bukak website dia. SHAWQIS BAKERY
.
.
.
.
.
.
.
Korang tengah mencari idea dan memilih door gift untuk sebarang majlis tak kisahlah majlis kahwin ke, bertunang ke, akikah, cukur jambul atau apa-apa sahaja majlis?? Masih takde idea? Meh aku tolong korang!



Doorgift : Cutting Board
Credit : Reem Door Gift



Nak tengok tak satu tempat yang korg boleh pilih bermacam-macam jenis door gift yang unik, comel, kreatif dan yang paling penting.. MURAH pulak tu serendah RM1 dah boleh dapat yang unik dan comel..  Murah kannnnnn?



Haa ni nak tunjuk kat korang... REEM DOOR GIFT 

Antara pilihan di Reem Door Gift


Reem Door Gift ni ada banyaak sangat pilihan utk korang pilih. Ni antaranya ;


1) Alas pinggan / gelas

2) Cutting board

3) Penyepit makanan

4) Pisau

5) Set sudu / garfu

6) Aksesori kecantikan

7) Alat tulis

8) Beg

9) Hiasan

10) Tasbih

11) Keychain

12) Kipas

13) Kotak

14) Magnet peti ais

15) Pembuka botol

16) Pemotong kuku

17) Sarung tisu

18) Songket

19) Senduk

20) Tuala



Haaaaaaaaaaa.. banyakkkkk tak? Banyaaaaak kan...... Selain daripada yang aku dah listkan kat atas ni, ada jugak pakej-pakej yang lain. Korang memang kena tengok kat website dia. Door gift dia dah la unik, comel-comel pulak tu weh....



Kalau aku belum kahwin, mesti aku nak amik doorgift ngan Reem Door Gift ni.. sebab aku minat betul dengan produk yang dia ada. Macam senduk, pengetip kuku, cutting board tu.. Eh semua lah aku minat.... 

Selain dekat website Reem Door Gift, korang jugak boleh lah intai-intai kt Instagram dan Facebook dia. Klik je link kat bawah ok...



Selamat membeli belah korang. Semoga majlis korang dipermudahkan.

3 comments: