Assalamualaikum.
Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Harapannya semoga apa yang dirancang, berjalan sempurna dengan redha Allah dan ibu bapa masing-masing. So, aku dengan Ewan berharap lah doa sesapa je yang kot-kot tersinggah blog ni ye. Doakan semuanya berjalan as planned.
Perbincangan awal aku, Ewan dan mak Ewan. Kitorang bercadang nak amik bulan Januari. Mak Ewan dah mintak confirmkan tarikh sebab banyak benda nak di confirmkan dengan orang kampung dia. Sebab kenduri sebelah Ewan, menggunakan perkhidmatan dan tenaga orang kampung dia. Rewang la bedah, banyak nau cakap. Haha
So tarikh yang menjadi pilihan dan bakal dikonfirmkan.
Nikah: 11 Januari 2014 - Sebelah pagi
Sanding sebelah perempuan: 11 Januari 2014
Sanding sebelah lelaki: 18 Januari 2014
Tarikh ni aku tak konfirmkan dengan abah lagi. Sebab abah sekarang tengah bz memikirkan hal kakak aku nak kawin bulan April ni, jadi biakan dulu. Lepas kenduri kakak aku baru kita habaq mai kat dia. Hihi. Doakan lah abah approve, sebab kalau ikutkan abah suruh buat bulan December 2013, tapi kesian kat abah. Bagi la duit poket abah betambah sikit kalau buat bulan Januari 2014 tu. Kihkihkih
Untuk tema pun dah dapat dah warna apa. Kemain lagi aku seksaited sangat. Tapi aku rasa betul lah apa aku buat ni. Sebab takkan last minit baru nak terhegeh pikir. So ini temanya insyaAllah.
Nikah: Tiffany Blue
Sanding sebelah perempuan: Mustard Yellow
Sanding sebelah lelaki: Periwinkle
Tiffany Blue > Mustard Yellow > Periwinkle
Ok lagi satu, dah sebulan menganggur ni. Harap dapat kerja cepat. Kerja goverment la harapnya. Part time sementara menggangur ni jual baju online je. Hihi. Nak tengok meh la jengok sini. Doli Moli Minishoppe
Semoga dipermudahkan :) btw periwinkle tu wrna blue ke? hehe
ReplyDeletepsstt fiqa letak ur blog dlm b2b list kt blog fyqa tau :)