Monday, January 28, 2013

REVIEW: Mengikat Janji Ridhwan & Zahidah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, majlis went very well. Malam sebelum majlis tu tidur tak lena sangat. Setiap kali terjaga, mesti lafaz ni yang keluar dari mulut "Rabbi Yassir Wala Tu’assir". Lepas tu tidur balik dan kalau terjaga ayat tu yang aku ulang sampai lah ke subuh. Baru majlis bertunang, belum nikah lagi. Kalau majlis nikah, macamane pulak feeling dia. :')



Yang tolong makeup kan aku ni adik sedara aku. Bidang terjun. Dia ada bakat makeup ikut bakat mak ngah aku ni. Tapi walaupun ni first time dia makeup kan orang. Tapi aku puji dia makeup. Cantik sangat. Ceh perasan pulak. Yang tolong tangkap gambar pulak ramai. Sebab zaman dah maju. Masing-masing ada dslr. Semua yang ada dslr aku suruh tangkap gambar. Hew! Nampak tak permainan untuk save duet kat situ? Haha :D

Ini kengkawan baik. Mekasih datang jauh-jauh sampai ke Melaka uols

Rombongan lelaki pun tiba. Nampak tak Ewan. Hiks
Majlis ni buat kat Melaka, walaupun aku duduk Klang. Melaka ni kira kampung aku. Disebabkan Ewan ni orang Negeri Semilan, makanya dekat lah nak ke Tampin ni berbanding nak ke Selangor. Jadi buat kat tempat yang menyenangkan semua orang. 

Mak Ewan. Lepas sarung cincin merisik dan bertunang

Alhamdulillah selamat dah jadi tunang Ewan :)
Perbincangan ambik masa dalam 15 minit je. Simple je perbincangan ni. Cuma tanya-tanya sikit je. Pasal duit hantaran takde sebut pun dalam majlis sebab masing-masing dah tau dan benda tu memang tak payah nak bagitaw dalam perbincangan pun kata Abah. Cukup lah aku dengan Ewan yang bincang dan setuju dengan apa yang kami mampu. Abah ada tetapkan bulan untuk menikah. Cukup duet jalan. Moga Allah mudahkan urusan. 

Ni je untuk post kali ni. Pembuka je ni. Next post aku review baju bertunang, veil dan barang hantaran. InsyaAllah :')

No comments:

Post a Comment