Tuesday, April 19, 2011

I-City Shah Alam & Kedai Nasi Arab Al-Rawsha

Assalamualaikum

Panorama I-city dari Al-Rawsha 1

Sekarang tengah study week. Orang study week, STUDY. Aku study week haruslah berjalan. Sabtu dengan ahad seperti yang di plan, aku berjalan-jalan dengan Syazana. Kitorang mengidam nak makan Nasik Arab, Big Apple dan KFC. Lalu sabtu tengahari aku pun geraklah dari Stesen KTM Jalan Kastam pergi ke Sg buloh. Syazana amik aku dekat Stesen Sg Buloh dan teros pergi The Curve. Tengok je muke dia rasa nak gelak besar. Masuk-masuk kereta dia terus nyanyi lagu sakai Aaaa tong dia macam dalam video ni. Kena terima hakikat dia memang tak betul. 

3 aku 3 zana
Sampai-sampai The Curve terus pergi Big Apple. Nampak sangat mengidam teruk. Sorang makan 3 ketul je takleh banyak-banyak. Sebab kena simpan perut nak makan Nasi Arab. Lepas dah puas hati makan Big Apple kitorang merayap lah area The Curve tu. Tak best! Sebab takde duet, harapkan berjalan ngan orang dah kerja je, tapi duet takde. Tak guna jugak. HEHE :P

Dah puas jalan-jalan dan tangkap gambar, pegi pulak I-City. Sebab tempat nasik arab yang kitorang suka tu dalam I-City. Time ni baru kitorang tau yang kalau masuk I-City sebelum pukul 5, takde cas yang akan dikenakan. Lepas pukul 5 baru kena cas RM10 untuk parking tu. Jadi kenalah kitorang bayar RM10 semata-mata sebab nak makan nasik arab. Tapi takpe, berbaloi. 

Panorama I-city dari Al-Rawsha 1

I-City sekarang dah ada macam-macam. Tapi semuanya berbayar. Macam Snowwalk yang aku pergi dengan Kyra dan Qema tu, lepastu dengan Syazana aku pergi tengok pameran binatang reptilia. Masuk dicas RM5. Dalam tu ada binatang reptilia je macam ular, ikan, kura-kura, katak gemuk dan lain-lain. Tak best sangat lah.

Ini kura-kura tipu
Cuba tengok. Kura-kura dua kepala
Hijau dia cantik!
Katak buntal. HAHA

Restoran yang kitorang pergi ni nama dia Al-Rawsha. Tak tau pulak sejak bila dia bukak kat I-City. Sebab sebelum ni, kitorang makan nasik arab Al-Rawsha ni kat Ampang. Lepas tu Syazana kata restoran yang dekat Ampang tu dah kena roboh. Menu Syazana macam biasalah 'Chicken Mandy' dan aku pulak 'Lamb Mandy'. Pastu dengan buruk lantaknya, order lagi Lamb Kebab. Biasalah dua-dua perut besar.
 
Chicken Mandy
Lamb Mandy, aku pun mandy
Ah sedapppppp mengancam!
Lamb Kebab. Sedap jugak!

Dah makan jalan-jalan pulak area I-City tu, buat-buat macam tak pernah tengok lampu cantik. Perhatian ditangkap oleh orang yang main baling-baling gelang masok dalam kepala botol lepastu dapat hadiah. Tak tahu berapa banyak duit dia habes dekat mainan tu sebab banyak gile bear besaw gabak yang dia dapat dan dia main benda tu lama. Hish bazir duit je. 

Hari ahad pulak, Syazana datang rumah kononnya nak pergi mintak duit dekat orang yang berhutang dengan dia RM500 dan tiba-tiba menghilangkan diri. Siot gila orang tu. Dah tak jumpa, kitorang pon geraklah ke Jusco Bukit Tinggi semata-mata untuk makan Popcorn dan KFC dan aiskrim McD. Jaoh Syazana datang macam dekat Sg Buloh takde pulak KFC.

Aku dengan Syazana ada satu hobi kalau masuk Shopping Complex atau mana-mana kedai yang ada fitting room. Iaitu menterai baju dalam fitting room tu, lepas tu tangkap gambar. Itu sahaje. Kalau ada duit beli, kalau takde duit maka baju itu akan dibiarkan sahaja dalam fitting room tu selepas diterai. Macam suwet sangat perangai kitorang. HAHA

Baju Sendiri

Baju Pinjam

Tapi terima kasih Syazana sebab belanja aku dari hari sabtu sampai hari ahad. Aku doakan kau tak dapat sambung belajar sebab kalau kau sambung belajar aku tak dapat hidup bahagia makan mewah-mewah macamni. Tapi aku tau, sebenarnya kau tak hantar pun borang untuk sambung belajar tu.

No comments:

Post a Comment