Assalamualaikum
Rombongan Cik Kyra, Qema dan Zahida ke Zoo Melakaaaa:P
|
Cocok kepala Qema bagi dia tak lagi gila |
|
Penat pusing sampai turun 13 kg. Ceh |
Siapa yang tak tau Zoo Melaka ni kat mana. Zoo Melaka ni terletak di Ayer Keroh, Melaka. Kalau korang bukan orang Melaka tapi nak pergi Zoo Melaka, senang je. Lalu PLUS, exit dekat Ayer Keroh. Nanti drive straight je dalam beberapa KM, sebelah kiri tu adelah Zoo Melaka. Beriya je aku menaip. Eh tapi betul la!. Dekat area Ayer Keroh ni, memang banyak tempat best-best untuk di lawati. Area-area Zoo tu jugak ada Taman Mini Malaysia, Tasik Ayer Keroh, Taman Buaya, Taman Botanikal, Melaka Wonderland, Taman rama-rama dan tak lupa juga ada McDonald.
|
Kuda ni stim dengan warna baju Dila. HAHA |
|
Tido je keje! |
Tiket nak masuk Zoo ni takdelah mahal sangat. Berbaloi lah. RM7 untuk orang dewasa. RM5 untuk kanak-kanak. RM2 untuk budak sekolah yang lengkap berpakaian seragam sekolah. Semalam kitorang masuk nak beli tiket akak kaunter tu nak cas RM4 je sebab akak tu ingat kitorang umur 12 tahun. Tak sangka betul awet muda muka kitorang ni. Lepastu kitorang explain kat akak tu yang kitorang ni dah umur 22 tahun. Akak tu terkejut lepas tu dia tanya apa petua nampak macam budak sekolah rendah je. Kitorang pun jawablah. "Berkat amek wuduk dan sembahyang Dhuha kak." Eh tipuuuww jeew :P
|
Harimau tu asyik ulang alik. Macam tengah lapar! |
|
Kyra dengan Kura-kura sama macam Kema bawak kereta |
Jadik setelah nak dekat setahun menjadik Pelajar UTeM yang tak berapa nak belajar sangat pon. Aku, Kyra, Qema ngan Dila akhirnya dapat jugak lah jejak kaki dekat Zoo Melaka tu. Itu pun secara kebetulan. Disebabkan pegi Zoo tu hari isnin, jadi takde lah orang ramai sangat pun. Senang nak menjerit, menyanyi dan buat macam-macam aktiviti tak sopan kepada binatang-binatang di Zoo tersebut contohnya memaki hamun buaya yang asyik tidur sambil menganga, bahan Zirafah yang keluar dari kandang semata-mata nak tunjuk body, kutuk burung Macaw yang asyik bercengkerama, tengok dengan batak cara burung botak masukkan ikan dalam mulut, gelakkan kuda yang stim dan macam-macam lagi.
|
Tah kat mane |
|
Inilah Mandrill. Tengok dia. Haa. Tapi ni Zoo Singapore punya |
|
Lagi satu Mandrill. |
Zoo Melaka ni banyak jugaklah binatang. Kawasan dia pun besar sampai turun berat 1kg kalau habis pusing. Cecehh. Nak habis pusing Zoo ni kalau betul-betul menghayati binatang makan masa 2 jam jugaklah. Dekat zoo ni, kitorang paling teruja tengok binatang yang nama dia Mandrill. Dia spesies monyet. Tapi yang bestnya, bontot dengan dada dia warna warni. macam pelangi. Dekat description pasal Mandrill tu ada tulis, bontot dengan dada dia akan berubah jadi warna biru bila dia teruja. Aku tak tau lah pulak teruja cmane. Tapi waktu kitorang tengok semalam, memang bontot dia warne-warni. Nak tangkap gambar tak dapat pulak sebab Mandrill yang bontot dia nampak jelas warne-warni tu tengah duduk. Tak penah tengok binatang banyak warna macam tu selain burung dan Mandrill tu. Seksiii woohh. Kalah Faten. Eh?
|
Dia kena masukkan ikan dalam paruh dia elok-elok baru boleh telan! |
Lepasni, boleh lah bawak anak bini makcik pakcik nenek mak atuk semua pergi Zoo Melaka. Alaa melawat Melaka kan macam melawat Malaysia. Lagipun Melaka memang best sebab banyak tempat bersejarah. Tempat nak deting je kurang siket. Haha. Minggu ni aku nak konvo diploma kat Poli Sabak Bernam. Tak sabaaar weh! Hihi
hahaha. mmg tak sah kalau student perempuan utem tak pergi zoo. :P
ReplyDeletehahaha yeke? :P
ReplyDeletewah last g zoo darjah bape x ingat lah kan...
ReplyDelete