Thursday, June 11, 2020

Resepi Asam Pedas Tetel Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum.

Musim-musim raya ni terbanyak pula beli daging. Awal raya haritu buat dah asam pedas daging tetel ni, lepas tu husband suruh buat lagi sebab sedap. Hikhik. 1st time buat, tak sangka jadi... Yang buat sedap tu sebab ada rasa pedas, masam dan berlemak. Makan dengan ikan masin belanak, Allah sedap betul. (puji diri sendiri)





RESEPI ASAM PEDAS TETEL 


1 kg daging tetel (rebus sampai lembut anggaran sejam setengah)

Bahan Kisar
Bawang Besar 1 biji *
Bawang putih 3 biji *
Belacan 1 inci *
Halia 1 inci * 
Buah keras 2 biji *
Serbuk lada hitam 1 sudu kecil *

Lain-Lain
Cili Kisar - 2 senduk
Serai 2 batang diketuk
Daun limau purut - beberapa ulas
Asam Jawa - agak2 masam
Tomato 1 biji belah 8
Air rebusan daging - 1 cawan
Garam
Serbuk perasa

Cara-cara

1) Rebus daging tetel hingga empuk. Anggaran 1 hinga 1 jam setengah. Tips untuk daging lembut, time air panas menggelegak tu terus masukkan ais batu.

2) Masukkan minyak dalam 1 senduk, tumis bahan blend, cili kisar dan serai. Masak hingga pecah minyak. Masukkan garam, serbuk perasa dan air asam jawa. Masukkan juga daun limau purut tomato

3) Masukkan daging yang dah direbus dengan air rebusan daging. Masak sampai menggelegak. Kalau nak cair lagi boleh tambah air.

Mudahkan.


Cara Potty Train Anak Bawah 3 Tahun

Assalamualaikum.

Semalam suami aku tanya, bila last update blog. Confident aku jawab bulan Mac. Sekali saja lah check harini, rupanya last update bulan September. Hihi. So sepanjang PKP apa yang korang buat duduk kat rumah tu? Aku ni selain dari melayan 3 orang budak dalam rumah (2 anak sorg bapak), aku sempat lah ajar Rafeeq Zharif ni bebas diaper. Rafeeq ni bebas diapers dalam masa 3 hari. Aku latih dia waktu umur dia 2 tahun 10 bulan.

Sebelum nak ajar anak korang kencing berak di tandas, make sure dia dah pandai bercakap. atleast boleh cakap nak berak. nak kencing. Rafeeq sebelum ni tak pernah pun berjaya kencing di tandas kalau aku suruh. tak keluar-keluar kencingnya. Haha.

Tapi aku tekad jugak nak ajar dia sebab aku nak dapat anak ketiga dah. Aku taknak kos diapers bertambah nanti.




Tips anak bebas diapers / tips potty train anak bawah 3 tahun

1. Aku pesan seminggu awal yang pada beberapa hari akan datang, dia dah tak boleh pakai diapers sebab dia dah besar. Nak kencing kena pergi tandas. Bila hari yang aku cakap tu tiba, dia mengamok juga lah sebab sayang sangat dia dengan diapers dia tu. Tapi sebab cuti PKP kan, suami aku ambil bahagian juga. Biasa anak-anak dengan Mak dia akan mengada sikit kan. Bila suami aku yang cakap dah tak boleh pakai diapers, dia redha je tak melalak drama pun.

2. Ingatkan anak dengan kerap, nak kencing ke tak? Kalau nak kencing masuk toilet taw. Hari pertama itulah ayat aku selang 30 minit-1 jam. ada yang suruh bawak anak masuk toilet setiap 5-10 minit. Tapi aku tak segigih tu ya. Banyak lagi kerja aku hahaha.

3. Perhatikan jika anak minum air banyak, 15 minit lepas tu ajak dia kencing, Mula-mula memang anak tu tak reti nak kencing. Dia macam tak reti nak keluarkan kencing dia. Tapi aku tunggu. hari pertama tu dekat 2 minit aku tunggu kencing dia keluar. Bila dia dah berjaya kencing, puji dan cium dia. Bagitau dia pandai. Dah besar. Boleh dapat hadiah ni. Confirm dia akan teruja.

4. Hari pertama tu ada la sekali sahaja dia terkencing. Sebab dia lupa nak bagitahu katanya. Hari kedua repeat balik apa yang dah buat pada hari pertama tu. Hari kedua ni biasanya akan lebih senang sebab dia dah tahu macamane rasa bila nak kencing.

5. Aku dan suami set untuk bagi dia hadiah bila dia dah berjaya untuk tak kencing selama 3 hari, jadi kami pun belikan dia hadiah bila dah berjaya sebagai reward untuk dia.


Mudahkan? Penat memang penat. Yang penting kena sabar! Lain anak lain perangainya. Semoga berjaya ya:)







Sunday, September 1, 2019

Tips, Usaha Dan Doa Pusingkan Bayi Songsang

Assalamualaikum

Post ni terperap dekat 2 tahun ya kawan-kawan sebab anak aku yang songsang dalam kandungan dulu pun dah 2 tahun 5 bulan. Hahahaha

Kesinambungan dari Pengalaman Bersalin di Hospital Shah Alam. Time aku mengandungkan Rafeeq Zharif dulu (anak ke dua), dia dari umur kandungan 24 minggu - 37 minggu duduk songsang dalam perut aku. songsang dia kejap-kejap kepala kat atas, kejap kang kepala kat tengah. Tak pernah ke bawah lah kepalanya.

Aku mula tahu yang anak aku songsang time dia 28 minggu tapi waktu tu macam rilek-rilek je lah lagi sebab nurse dan doktor cakap "takpe Puan, biasa memang bayi boleh pusing-pusing dalam perut tambahan pula ni anak kedua Puan, space dalam perut tu besar. Kita akan check lagi nanti ya". Gitu ya ayat mereka dan aku pun takdelah risau.

Lepas dah taw bayi dalam perut songsang, setiap kali checkup mesti kena scan sekali sebab nak tengok dah normal ke tidak kedudukan bayi tu.. Setiap kali scan sampai lah 36 minggu, kedudukan dia tak pernah normal. Memang songsang. Sekejap kepala atas, sekejap kepala kat tengah-tengah, dari tendang dia pun aku boleh tahu dia songsang sebab dia banyak tendang sebelah bawah.

Apa yang aku nak share harini ikhtiar aku yang aku amalkan sejak aku dapat tahu kandungan songsang. Risau weh bila bayi songsang. Aku takot sangat kalau kena czer.

1. Aku memang hari-hari lepas solat sujud lama berdoa kat akhir sujud supaya bayi aku normal. Ye lah pada siapa lagi kita boleh berharap dan merayu selain kepada Allah. Waktu kemuncak sebelum aku kena pergi hospital waktu tu 37 minggu. Kena refer hospital pun sebab baby songsang tulah. Minggu-minggu sebelum tu aku kerap sembahyang taubat dan sembahyang hajat. Mohon pada Allah supaya aku dapat melahirkan secara normal dan bayi aku pun berada dalam kedudukan normal. Alhamdulillah time tu bayi aku dah normal! Aku syukur sangat time tu.. Kalau time tu masih songsang, dia akan bagi tarikh untuk czer..

2. Aku jugak amalkan doa untuk pusingkan bayi songsang.. Setiap kali lepas solat atau time aku free-free ke. aku baca sambil pegang perut dan pujuk bayi supaya pusing ke kedudukan normal. Alhamdulillah menjadi.



3. Aku suruh suami dan mak ayah, mertua aku doakan supaya bayi ni pusing ke kedudukan normal. Doa orang yang sayang kita ni mesti Allah makbulkan, betul tak?

Alhamdulillah bayi ni nak pusing. Aku ada lah google time tu, ada orang yang sarankan supaya pergi berurut dengan bidan. Tapi aku tak berani lah nak suggest macam tu. Aku rasa ini jelah ikhtiar aku. DOA DOA DOA.... Aku yakin time ni yang Allah uji aku dengan keadaan anak songsang ni sampai 37 minggu supaya aku banyakkan berdoa dan merayu kepada DIA. Gitulah. Aku doakan korang yang sedang mengalami bayi songsang ni, banyakkan berdoa ya. Semoga dipermudahkan Allah. Have a safe pregnancy :)



Tuesday, February 12, 2019

IDEA DOOR GIFT MURAH, COMEL DAN UNIK

Assalamualaikum.. 



Korang tengah mencari idea dan memilih door gift untuk sebarang majlis tak kisahlah majlis kahwin ke, bertunang ke, akikah, cukur jambul atau apa-apa sahaja majlis?? Masih takde idea? Meh aku tolong korang!

Doorgift : Cutting Board
Credit: Reem Door Gift 



Nak tengok tak satu tempat yang korg boleh pilih bermacam-macam jenis door gift yang unik, comel, kreatif dan yang paling penting.. MURAH pulak tu serendah RM1 dah boleh dapat yang unik dan comel..  Murah kannnnnn?



Haa ni nak tunjuk kat korang... REEM DOOR GIFT 


Reem Door Gift ni ada banyaak sangat pilihan utk korang pilih. Ni antaranya ;

Ni antara pilihan di Reem Door Gift

1) Alas pinggan / gelas

2) Cutting board

3) Penyepit makanan

4) Pisau

5) Set sudu / garfu

6) Aksesori kecantikan

7) Alat tulis

8) Beg

9) Hiasan

10) Tasbih

11) Keychain

12) Kipas

13) Kotak

14) Magnet peti ais

15) Pembuka botol

16) Pemotong kuku

17) Sarung tisu

18) Songket

19) Senduk

20) Tuala



Haaaaaaaaaaa.. banyakkkkk tak? Banyaaaaak kan...... Selain daripada yang aku dah listkan kat atas ni, ada jugak pakej-pakej yang lain. Korang memang kena tengok kat website dia. Door gift dia dah la unik, comel-comel pulak tu weh....



Kalau aku belum kahwin, mesti aku nak amik doorgift ngan Reem Door Gift ni.. sebab aku minat betul dengan produk yang dia ada. Macam senduk, pengetip kuku, cutting board tu.. Eh semua lah aku minat.... 

Selain dekat website Reem Door Gift, korang jugak boleh lah intai-intai kt Instagram dan Facebook dia. Klik je link kat bawah ok...



Selamat membeli belah korang. Semoga majlis korang dipermudahkan.




Sunday, February 10, 2019

Resepi Burnt Cheese Cake Paling Senang Dan Sedap (Konfem Jadi)

Assalamualaikum

Aku ni ada seorang cousin yang kaki baking. Memang handal lah dia ni. Hari-hari aku tengok dia update apa dia bake. selalunya kek dan pastry-pastry tulah. Telan air liur aku.. Ada satu hari tu aku tengok dia share buat Basque Burnt Cheese Cake. Aku hantu cheese kot. Aku tengok kek dia macam sedapnyaaaaaaa. Tapi aku takde la nak mintak resepi dia. Aku jumpa resepi Danish Harraz kat Instagram. Senang sangat weh resepi dia. Tapi aku ubah la. Aku taknak pakai banyak sgt creamcheese tu. Mahal tak mampu lah.


MasyaAllah sedap! :)



Bahan-bahan dia senang je

1) 500g Cream cheese ( aku pakai Tatura)
2) 170g Gula halus ( tak suka manis kurangkan la. Aku guna gula perang)
2) 200ml Whipping cream ( aku guna Anchor)
3) Telur 3 biji
4) Esen Vanila 1 tsp
5) Tepung gandum 1tbsp

Cara-Cara
a. Mula-mula sekali mestila korang kena panaskan oven 200°C. Springform cake pan tu alaskan dengan baking paper. Kalau boleh biar lebih sikit dalam tinggi alas tu.
b. Cream cheese tadi tu biarkan kt suhu bilik. dah lembut sikit nanti beat creamcheese tu sampai la lembut dan gebu. Make sure tak berketul-ketul.
c. Masukkan telur 1 demi satu dan sambung beat sampai sebati.
d. Masukkan gula, whipping cream, esen vanila dan tepung gandum. beat lagi sampai sebati semuanya.
e. Pastu tuangkan adunan tadi dalam cake pan. Goyang-goyangkan sikit bagi sekata.
f. Bakar selama 50 minit-1 jam. Sampai nampak atas dia dh gelap sikit. boleh la keluarkan dari oven. dan tunggu sejuk. Sedap weh


Nyam Nyam

Cuba taw. Pasti tak menyesal.


Friday, April 28, 2017

Pengalaman Bersalin Di Hospital Shah Alam

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Pada 23 April 2017 bersamaan 27 Rejab pukul 7.48 malam dah selamat melahirkan bayi lelaki kedua yg berjisim 3.18kg, berbibir mungil di Hospital Shah Alam. 

Alhamdulillah syukur Allah mudahkan proses dari mengandung, sampai melahirkan baby kedua kalini. Walaupun awalnya, baby songsang start dari 24 minggu. Lepastu dia pusing-pusing sekejap tranverse lepas tu cephalic balik lepastu die breech balik. Pendek kata dari 24 minggu dia 'unstable lie'. Sampai kena refer hospital time 37 minggu. Dan Alhamdulillah time pergi hospital tu dia dah pusing ke kedudukan normal. Syukur. Nanti saya share ikhtiar yang saya buat sepanjang baby songsang di blog post akan datang yo. 

Zaim beberapa jam sebelum jadi abang

Ok meh nak share pasal pengalaman bersalin kat Hospital Shah Alam. Hihi. Bila ingat balik bersalin kan baby kedua ni. Macam kelakar pun ada. 

Sebelum bersalin sempat la mengcompletekan makanan yg ada dalam wishlist nak makan sebelum beranak iaitu Seoul Garden dan Nasi Beriani Bukhara Kambing Restoren Syed Seksyen 3. Hahaha overrrrrr kauuuuu. Kan hakak dah cakap, lepas makan mesti beranak dengan tenang. Kuikuikui


23 April 2017 
Saya start rasa contraction Ahad subuh time tidur. Dalam pukul 4 pagi tu rasa perut menyucuk. Tapi sebab rasa tak sakit sgt layan jela tidur. Pukul 5 pagi rasa lagi sekali. Lepastu dah tak rasa. Bangun pagi solat subuh sempatla prepare sarapan roti tulurrr cheese untuk husband dan Zaim. 

Contraction start! :P

Pukul 8.27 pagi, time ni dah start rasa sakit balik. Kekerapan sakit tak konsisten. Sekejap 10 minit sekali, sekejap 15 minit sekali. Sebenarnya dah lupa contraction tu sakit dia cmana. Tapi yakin lah dengan instinct sendiri yang sakit tu contraction sebab ada kekerapan. Makin menambahkan konfius pulak bila sakit tu datang tanpa sebarang bloody show atau air ketuban leaking ke ape. Jadi konfius sgt ni braxton hicks ke ape. Tapi kita percaya jelah ngan instinct mak-mak yang kita ada ni. Hikssss. 

Inform husband, cakap kat dia saya dah start sakit ni. Tapi sakitnya masih slow. Tak kuat dan saya masih boleh tahan dengan sakit ni. Pesan kat dia, tunggulah sakit dh 5 minit sekali nanti kita gerak g rumah kakak untuk hantar Zaim. 

2.45 PM
Time ni nak nap lah kononnyaa sebab dah taw mesti akan bersalin paling lewat malam ni. Husband dan Zaim dah sedap dah tidur. Tapi saya masih golek kiri kanan pegang phone sambil melayan contraction. Apps contraction timer tu mmg bukak je. Sakit time ni dah 5-7 minit sekali. Sakit pun dh kuat sampai tak dpt nak nap pun. So kejut husband, cakap kt dia jomlah kita siap-siap untuk hantar Zaim kt rumah kakak. Pukul 4 kang kita gerak ye. Begituuu pesan saya kt husband. Sempatlah saya mandi hot showeeeerr, habiskan air Zam-zam dan telan berketul-ketul kurma ye untuk tenaga. Kihkih. 

Makin Kerap. Baby is coming :P

On the way ke rumah kakak, dalam kereta pesan kt husband, bila saya kata tengah sakit, please slowkan kereta. Maka redhoooolah suami ku itew. Sampai rumah kakak dalam 4.20 PM. Pusing kat car park rumah dia dalam 15 minit. Lepastu naik rumah dia untuk hantar Zaim. Time ni contraction dah rasa makin kuat. Setiap kali sakit tu datang, sy akan stop jalan sbb sakit tu kuat. Nak bagi lega kene buat hip sway kejap menonggeng ke apa2 gaya lah yang selesa untuk layan contraction kahkah. Choi. Kat rumah kakak sempat la saya melepak sampai pukul 5.30PM. 
Berborak macam orang tak sakit, nauzubillah. Haha. Solat asar siap-siap kt situ baru gerak ke Hospital Shah Alam. 

5.35PM
Jarak rumah kakak dengan Hospital dekat je. 5 minit dah sampai. Sampai hospital, ajak husband lepak dulu dekat car park. So lepak dalam kereta sambil selfie, borak-borak sampai pukul 6.15PM. Lepastu husband pun hantar pergi PAC. Berlenggang je g PAC, patut kena bawak kain batik. Serius tak tahu hahaa. Time tu cuma bawak ic dan buku pink je. So korang nanti bawak kain batik okay. Dah satu keje suh husband g rumah kakak amik kain batik. Bila dah amik, tak sempat pakai pun. Hihi. 

Sempat selfie time sakit. gittew :D

Dekat kaunter PAC, nurse cakap kat saya awal-awal. Katanya "Puan mmg plan nak bersalin kt sini ke. Pernah datang tak sebelum ni. Kt sini sy bgtaw awal-awal ye. Wad kita mmg full. Ada orang yg dah bersalin pun masih tak dapat wad lagi. Kalau katakan lah kami check bukaan puan nanti dah 4cm, kami tak bg balik dah. Puan ok ke kalau kena duduk dekat kerusi je. Puan tanya husband dulu mcmane ye". Nurse cakap cmtu. Saya pun terus macam alamak. Cmane ni. Kalau nak pergi HTAR, Zaim kena pergi hantar kt Mak dulu di Port Klang. Macam dah tak sempat sebab sakit dh 3 minit sekali. Sakitnya pulak bila dtg mmg sy akan terkaku disitu xbleh bergerak.


No Pain No Baby!

Lepas dah bincang ngan husband dalam phone, sy bg kata putus cakap redha jelah bersalin kat Hospital Shah Alam. Sebab kalau nak pergi HTAR mmg takot tak sempat. Lepas dah decide, dalam pukul 6.45PM nurse bawak saya utk check CTG sampai pukul 7.20PM mcmtu. Dah habis check CTG, baru sy rasa ada something keluar dan saya yakin benda  tu lendir + darah. Lepas tu, dia bawak naik pergi ke PAC kt tingkat 4 guna wheelchair sbb dia tengok saya asik stop jalan. Haha. Time ni sakit dah 3 minit sekali. Time die tolak guna wheelchair sempat plak mulut saya ni cakap sorry nurse kene tolak sy berat-berat ni hahahah. Nurse tu gelak dan die cakap takpe puan ini kan kerja saya. Baikkaaaan hahahaha!!

7.30PM
Saya ingtkan kt PAC ni doktor akan terus check bukaan. Sbb macam kt Hospital Taiping, lepas daftar terus dia check bukaan. Tapi sy silap. Rupanya kt PAC ni kena tunggu turn. Time ni memang saya dah mundar mandir, tak boleh nak duduk. Sbb saya dah rasa setiap kali sakit tu sy macam nak meneran. Sebab pengalaman bersalin Zaim sebelum ni. Sy taw la tu mmg tanda nak bersalin sangat dah. Org yg tgh duduk kt PAC asik pandang sy je. Macam malu jugakla sy menahan sakit kt situ hehehe.

Lepas 5 minit tunggu nurse masih tak panggil giliran sy. Time tu yg tunggu turn ada laah dalam 6 orang. Saya terus pergi kat kaunter. Cakap dekat nurse. "Nurse, saya dah rasa sakit sangat macam nak meneran". Terus nurse tu suruh sy baring kt bilik 1. Dia bg baju hospital suruh tukar. Doktor pun datang check bukaan. Dia cakap dah bukak habis ni Puan. Puan mengiring ke kiri dulu ye kita tolak ke labor room. Fuh time ni sy mmg nak mengiring tu pun dah hazabedah. Mulut baca zikir nabi yunus sampai air mata nak menitis sebab sakit sangat-sangat. Nasib dekat je labor room dia. Selang beberapa bilik dari bilik 1. 

Sampai labor room, nurse pun datang dalam 3 orang. Dia siap cakap Puan boleh bukak tudung ye. Takde lelaki kt sini. Sy pun bukak la tudung. Lepas tu dia terus pecahkan air ketuban sebab air ketuban masih tak pecah time tu. Masing2 duk  jauh hahaha! Tkot terpecik lettew. Lepastu dia cakap rasa sakit puan terus teran ye. Sy pun layan laaah teran bila sakit. YaAllah, rabak sungguh saya rasa waktu kepala baby menekan nak keluar tu.


Alhamdulillah. Baby! :)

Alhamdulillah. 2 kali teran, saya selamat melahirkan seorang lagi khalifah. Rafeeq Zharif bin Muhammad Ridhwan pada jam 7.48PM. 3.18kg. bibir mungil macam Zaim. Di hening magreb isra dan mikraj. 27 Rejab 1438 Hijrah. Alhamdulillah. Bila baby dah keluar, rasa lega nyaaaa Subhanallaah. 

Lepas dah bersalin dia potong tali pusat dan letak baby kt dada dalam 20 minit. Keluarkan uri. Bersalin kalini takde episiotomy. Tapi ada koyak sendiri dan kena jahit sikit. Sikit je kot sbb sekejap je dia jahit x smpai 5 minit pun. Katanya 1st degree tear. Lepastu dia bg minum air milo manis. 

Dalam pukul 8.15PM dah setel semua, nurse masuk suruh saya call husband untuk masuk azankan baby. Sepatutnya husband boleh masuk tengok sy bersalin tapi sebab semuanya terlalu pantas. Makanya husband pukul 8.15PM baru taw sy dah bersalin hahaha. Time saya call husband. Dia terkejut saya dah bersalin. Dia ingt sy bergurau. Sabaaaaau jelah. Haha. Seronok bila husband masuk dan dia pun azan kan baby. Asik ucap terima kasih je. Malu saya. Kihkih.

9.26PM
Disebabkan wad kelas 3 full, so husband pun register saya untuk masuk wad kelas 2. Alhamdulillah lah ada kosong. Sy tengok wad kelas 3 dan 2 bezanya cuma wad kelas 2 satu bilik 4 orang dan beraircond. Ward kelas 3 dia pun ok je sy tgk. Selesa dan tak panas. Tapi sebab penuh kan. So saya ok je masuk wad kelas 2 atau 3. Bayar la lebih sikit. Total bayar bil hospital haritu RM250 untuk kos bersalin normal dan ward satu hari. 

otw ke Wad :)

Emm tu jelah yang saya ingat utk proses bersalin kali ni. Abadikan dalam blog mana lah taw anak nak baca nanti hahahaha. Bagi saya Hospital Shah Alam sangat ok. Yelah sebab hospital baru. Nurse dan doktor dia pun ok. Baik dan murah senyuman. Dekat Hospital Shah Alam takde doktor pelatih kalau tak silap saya. Next kalau mengandung lagi, mungkin saya nak bersalin kt Hospital Shah Alam lagi. Tapi lagi 3 tahun lah. Hiks. 

Saya pun tak tau lah saya ni kategori mudah bersalin ke. Tapi husband kata, semuanya nampak mudah dari Zaim ke baby baru ni. Dan saya pun rasa mudah jugak semua urusan ni. Mungkin rezeki saya. Yang kemudian nanti saya taktau lah kan. Syukur Allah permudahkan. 

Ok itu jelah. Nanti next post sy nak share ikhtiar saya untuk pusingkan baby yang songsang. InsyaAllah. 







Tuesday, April 7, 2015

Persediaan Makanan Pertama Untuk Bayi 6 Bulan

Assalamualaikum.

8 April 2015 ni genap anak bujang Zahida, Razeeq Zaim ni 6 bulan. Fuh sekejap gila rasa masa berlalu. Apsal anak aku dah besar! :') Alhamdulillah dapat menyusukan dia dengan susu badan secara eksklusif. Alhamdulillah. Harap dapat terus menyusukan dia sehingga 2 tahun. Amin. Rasa sedih la sebab dia dah nak start makan kan. Nanti mesti dia dah kurang menyusu. Sekarang ni pun susah betul nak bagi dia susu. Ligat bebeno. Pusing sana sini. Melesar je dia. 

Razeeq Zaim at 5m21d old :)


Zahida dah buat jadual dah untuk makanan Zaim ni. Banyak refer kat blog mommies dan jugak group Facebook  'My baby homemade solidfood'. Thanks sebab banyak sangat membantu.

Siapa nak file ni boleh download kt link dibawah ye


Secara kasarnya. Dekat jadual ni lah apa yang Zaim akan makan untuk masuk umur dia 6 bulan nanti. Ada juga mommies yang dah start bagi bubur nasi kisar halus plain pada usia 6 bulan mengikut nasihat PAED. Tapi bubur plain tu Zahida plan untuk bagi bila Zaim dah masuk 7 bulan nanti. Sekarang biar dia makan buah dan sayur dulu :)
Korang boleh mempelbagaikan makanan dia. Boleh refer pada gambar dibawah ni ye untuk makanan apa yang sesuai dengan bayi mengikut umur dia.





Selalu untuk amalkan 4-days-rule pada setiap makanan yang kita nak bagi kat bayi kita. untuk tengok kesesuaian bayi terhadap makanan tu ye. Kalau terjadi sebarang alahan dalam tempoh masa tu, kita alert la sikit kan dengan makanan apa yang bayi kita tak sesuai.

Ok setakat ni je dulu ye. Nanti bila Zaim dah start makan, Zahida share pulak tentang cara penyediaan, simpanan dan lain-lain. Nervous nye anak ummi dah jadi big boy! :D