Thursday, June 11, 2020

Cara Potty Train Anak Bawah 3 Tahun

Assalamualaikum.

Semalam suami aku tanya, bila last update blog. Confident aku jawab bulan Mac. Sekali saja lah check harini, rupanya last update bulan September. Hihi. So sepanjang PKP apa yang korang buat duduk kat rumah tu? Aku ni selain dari melayan 3 orang budak dalam rumah (2 anak sorg bapak), aku sempat lah ajar Rafeeq Zharif ni bebas diaper. Rafeeq ni bebas diapers dalam masa 3 hari. Aku latih dia waktu umur dia 2 tahun 10 bulan.

Sebelum nak ajar anak korang kencing berak di tandas, make sure dia dah pandai bercakap. atleast boleh cakap nak berak. nak kencing. Rafeeq sebelum ni tak pernah pun berjaya kencing di tandas kalau aku suruh. tak keluar-keluar kencingnya. Haha.

Tapi aku tekad jugak nak ajar dia sebab aku nak dapat anak ketiga dah. Aku taknak kos diapers bertambah nanti.




Tips anak bebas diapers / tips potty train anak bawah 3 tahun

1. Aku pesan seminggu awal yang pada beberapa hari akan datang, dia dah tak boleh pakai diapers sebab dia dah besar. Nak kencing kena pergi tandas. Bila hari yang aku cakap tu tiba, dia mengamok juga lah sebab sayang sangat dia dengan diapers dia tu. Tapi sebab cuti PKP kan, suami aku ambil bahagian juga. Biasa anak-anak dengan Mak dia akan mengada sikit kan. Bila suami aku yang cakap dah tak boleh pakai diapers, dia redha je tak melalak drama pun.

2. Ingatkan anak dengan kerap, nak kencing ke tak? Kalau nak kencing masuk toilet taw. Hari pertama itulah ayat aku selang 30 minit-1 jam. ada yang suruh bawak anak masuk toilet setiap 5-10 minit. Tapi aku tak segigih tu ya. Banyak lagi kerja aku hahaha.

3. Perhatikan jika anak minum air banyak, 15 minit lepas tu ajak dia kencing, Mula-mula memang anak tu tak reti nak kencing. Dia macam tak reti nak keluarkan kencing dia. Tapi aku tunggu. hari pertama tu dekat 2 minit aku tunggu kencing dia keluar. Bila dia dah berjaya kencing, puji dan cium dia. Bagitau dia pandai. Dah besar. Boleh dapat hadiah ni. Confirm dia akan teruja.

4. Hari pertama tu ada la sekali sahaja dia terkencing. Sebab dia lupa nak bagitahu katanya. Hari kedua repeat balik apa yang dah buat pada hari pertama tu. Hari kedua ni biasanya akan lebih senang sebab dia dah tahu macamane rasa bila nak kencing.

5. Aku dan suami set untuk bagi dia hadiah bila dia dah berjaya untuk tak kencing selama 3 hari, jadi kami pun belikan dia hadiah bila dah berjaya sebagai reward untuk dia.


Mudahkan? Penat memang penat. Yang penting kena sabar! Lain anak lain perangainya. Semoga berjaya ya:)







No comments:

Post a Comment